Langkau ke kandungan utama

Memanfaatkan sebaik-baiknya almari pakaian

Memikirkan tentang almari pakaian yang baharu? Atau cara untuk memanfaatkan sepenuhnya almari pakaian yang anda ada? Di sini ada beberapa petua tentang pengaturan almari pakaian, jadi anda sentiasa boleh memilih pakaian yang sesuai. Atau sekurang-kurangnya menyedari dengan lebih cepat bahawa anda tidak ada pakaian yang sesuai untuk dipakai.

Almari pakaian PAX/SVARTISDAL dengan para, laci dan pakaian tergantung yang separa terbuka terletak dekat dengan katil di dalam bilik tidur.
Almari pakaian PAX/SVARTISDAL dengan para, laci dan pakaian tergantung yang separa terbuka terletak dekat dengan katil di dalam bilik tidur.

Apakah saiz yang sesuai dengan anda?

Jika anda membeli almari pakaian yang baharu, maka mula-mula sekali anda mungkin perlu mempertimbangkan saiz yang anda ingini. Elok untuk memikirkan tentang betapa banyak yang anda perlu simpan dan mengukur ruang yang anda akan letakkan almari pakaian itu.

Lihat semua almari pakaian
Almari pakaian PAX terbuka berwarna putih yang besar dengan para, laci, kotak, bakul dan pakaian tergantung pada rel.
Lihat semua almari pakaian

Pengaturan di dalam – melipat

Almari pakaian merupakan kotak yang besar – cara ia diatur di dalam dapat membantu anda melihat dan mengambil pakaian anda. Para adalah hebat untuk pakaian yang anda boleh lipat dan tindan – seperti baju panas yang besar dan tebal. Laci boleh jadi sempurna, tempat yang mudah diambil untuk kemeja-T anda – hanya lipat dan letakkannya secara tegak supaya anda dapat melihatnya sekali lalu. Kotak pakaian di dalam laci bermakna anda boleh menyimpan benda-benda seperti stoking atau tali pinggang bersama-sama supaya anda dapat mencarinya dengan cepat sekali.

Lihat semua kotak pakaian
Di dalam almari pakaian PAX, banyak pakaian yang telah dilipat terletak di atas para atau di dalam laci, berserta dengan sepasang kasut di atas para kasut.
Lihat semua kotak pakaian

Pengaturan di dalam – menggantung

Menggantungkan pakaian seperti baju, gaun dan jaket bermakna kurang berkedut dan memberi anda gambaran keseluruhan yang baik supaya anda boleh melihat benda-benda yang anda ada dan mendapat sedikit inspirasi berkaitan dengan pakaian. Anda boleh mengatur pakaian anda mengikut jenis – semua jaket diletakkan bersama dan sebagainya. Atau mengikut warna, yang menjadikan keadaan kelihatan lebih tenang – terutamanya membantu jika anda memiliki almari pakaian terbuka.

Lihat semua penyangkut
Baju dan jenis-jenis pakaian yang lain tergantung pada penyangkut BUMERANG berwarna putih pada rel pakaian di dalam almari pakaian.
Lihat semua penyangkut

Inginkan almari pakaian yang sempurna untuk anda?

Dengan almari pakaian PAX, anda boleh memilih semua penyusun atur dalaman anda sendiri. Anda mempunyai pilihan yang luas, daripada penyangkut seluar tarik keluar kepada laci dengan bahagian hadapan kaca. Anda juga boleh mereka bentuk almari pakaian anda sendiri dengan perancang PAX.

Lihat sistem PAX
Tangan seorang wanita mengeluarkan sepasang seluar dari penyangkut seluar tarik keluar KOMPLEMENT berwarna putih di dalam almari pakaian PAX.
Lihat sistem PAX

Menggantung juga berfungsi untuk aksesori

Menggantungkannya ialah cara yang mudah dilihat, mudah diambil dan menjimatkan ruang untuk menyimpan benda-benda seperti skarf, tali leher dan aksesori.

Lihat semua penyusun atur pakaian gantung
Beberapa skarf tergantung pada penyangkut pelbagai guna KOMPLEMENT berwarna putih yang digantungkan pada pemegang almari pakaian.
Lihat semua penyusun atur pakaian gantung

Jumpa lagi tahun depan

Kotak di dalam almari pakaian anda adalah hebat untuk menyimpan pakaian bermusim sehingga anda memerlukannya semula. Ia memastikannya tidak berhabuk dan kotak ini juga mempunyai jaring pengudaraan kecil yang membolehkan peredaran udara supaya barang-barang anda kekal segar.

Lihat semua kotak pakaian
Bekas storan STUK berwarna putih/kelabu berisi pakaian terletak di atas katil dengan linen katil corak geometri beraneka warna.
Lihat semua kotak pakaian

Ada lebih ruang di atas

Anda boleh mengubah bahagian atas almari pakaian anda menjadi storan teratur dengan beberapa kotak. Pilih kotak yang bersepadu dengan almari pakaian anda jika anda ingin memastikan keadaan kelihatan tenang.

Lihat semua kotak & bakul storan
Almari pakaian BRIMNES berwarna putih dengan pakaian tergantung pada rel pakaian dan dua kotak di atasnya terletak di tepi tingkap.
Lihat semua kotak & bakul storan

Menyerlahkan pakaian anda

Pencahayaan di dalam atau di atas almari pakaian anda membantu anda mendapat gambaran keseluruhan yang lebih baik tentang pakaian anda dan menemui barang-barang dengan lebih cepat. Lampu di atas juga boleh memberi anda cahaya latar yang indah dan lembut apabila dipantulkan pada pintu tertutup. Tambahan pula, jika anda dan pasangan anda bangun pada waktu yang berbeza, orang yang bangun awal boleh mencari pakaian mereka menggunakan lampu ini sahaja, sementara seorang lagi boleh meneruskan tidurnya tanpa diganggu.

Lihat semua lampu almari pakaian
Lampu kabinet LED LINDSHULT dilekapkan di bahagian atas almari pakaian, memancarkan cahaya pada pintu almari pakaian yang tertutup.
Lihat semua lampu almari pakaian

Cermin yang memberi anda lebih manfaat

Cermin besar betul-betul merupakan keperluan kawasan persalinan. Kebanyakan almari pakaian IKEA disertakan dengan pintu cermin dan sudah tentu anda juga boleh menemui banyak cermin untuk dipasang pada dinding anda. Atau kenapa tak pilih cermin berdiri seperti yang ditunjukkan di sini? Anda boleh menggantungkan pakaian esok pada malam ini dan tidur lebih lama sedikit pada waktu pagi atau menyegarkan pakaian yang sudah dipakai sekali dengan menganginkannya.

Lihat semua cermin
Cermin berdiri KNAPPER dengan pakaian dan beg tangan tergantung padanya, terletak di hadapan langsir yang mengadang almari pakaian.
Lihat semua cermin