Storan peribadi agar sesuai dengan ruang dan gaya anda - memperkenalkan PAX

Kita semua memerlukan storan, sama ada untuk pakaian, kasut atau aksesori. Memastikan semuanya teratur di dalam almari pakaian yang bergaya dan berfungsi akan memudahkan lagi kehidupan harian anda. Rangkaian penyelesaian storan kami menawarkan kefleksibelan hebat untuk memenuhi keperluan anda, sementara memiliki kualiti terbaik yang boleh anda harapkan. Buktinya ialah jaminan 10 tahun yang disertakan dengan almari pakaian dan penyusun atur dalaman PAX kami.

Panduan langkah demi langkah anda untuk mencipta storan impian anda 

Almari pakaian PAX kami dibina supaya dapat bertahan dan boleh digabungkan dalam pelbagai cara. Hanya pilih rangka, pintu dan penyusun atur dalaman KOMPLEMENT untuk mencipta ruang storan impian anda yang boleh anda nikmati dan ubah selama bertahun-tahun yang akan datang. 

Di sini anda akan menemui langkah-langkah mudah untuk membantu anda merancang penyelesaian storan impian anda.

Langkah 1: Ukur

Betul-betul penting bahawa anda mengukur ruang yang akan anda letakkan PAX anda dahulu. Selepas itu, rancang saiz almari pakaian yang akan muat di ruang itu. Inilah ukuran yang akan anda perlukan:

  • Kelebaran (w) ruang anda. Ini akan menentukan berapa lebar seharusnya almari pakaian anda
  • Ketinggian (h) ruang anda. Ini akan menentukan berapa tinggi seharusnya almari pakaian anda
  • Kedalaman (d) ruang anda. Ini akan membantu anda membuat keputusan sama ada anda memerlukan almari pakaian yang dalam atau tidak berapa dalam, dan sama ada pintu gelangsar atau berengsel

Ingat, pintu berengsel memerlukan lebih ruang untuk dibuka berbanding dengan pintu gelangsar. Jadi, pastikan anda ada ruang yang mencukupi!

Langkah 2: Pilih rangkanya

Sebaik sahaja anda mempunyai ukuran anda, anda boleh mula memilih kombinasi rangka yang terbaik agar muat dengan ruang anda.

  • Pilih kelebaran yang anda perlukan: 50, 75 atau 100 cm
  • Pilih ketinggian yang sempurna: 201 atau 236 cm

Ingat, jika anda memilih rangka berukuran 236 cm, anda memerlukan siling yang tingginya 250 cm atau lebih agar ia dapat muat selepas memasang.

  • Pilih kedalaman rangka yang anda perlukan: 35 atau 58 cm
  • Pilih warna rangka: Putih, Kayu Oak Berwarna Putih, Kayu Ash Berwarna Coklat atau Hitam coklat
  • Pilih bilangan rangka - jangan lupa bahawa anda boleh menggabungkan saiz-saiz yang berbeza untuk mendapat penyelesaian yang sempurna!

Contohnya: jika ruang anda mempunyai dimensi 160(w) x 250(h) x 60(d) cm, anda dapat memuatkan almari pakaian yang berukuran 150x236x58 cm. Ini bermakna kombinasi anda boleh terdiri daripada:

2 rangka berukuran 75 cm setiap satu, atau

1 rangka berukuran 100 cm + 1 rangka berukuran 50 cm, atau 

3 rangka berukuran 50 cm setiap satu

Langkah 3: Pilih pintunya

Atau jangan pilih apa-apa! Dengan sistem PAX, keputusannya betul-betul di tangan anda sama ada anda mahu almari pakaian yang berpintu atau tanpa pintu. Dengan pintu gelangsar atau berengsel, anda boleh memilih untuk menambahkan lebih sedikit gaya, atau menggunakan pintu bercermin untuk menggunakan ruang - dan anda boleh menyorokkan segala-galanya! Anda boleh juga memilih penampilan yang moden dan bergaya serta mempunyai penyelesaian terbuka - sempurna untuk bilik almari pakaian! 

Pintu berengsel

Pintu berengsel adalah hebat apabila anda ada ruang untuk membukanya kerana anda dapat melihat dengan baik semua barang anda apabila pintunya terbuka luas. Jangan lupa beli pemegang & tombol untuk mempamerkan personaliti anda.

  • Pilih gayanya
  • Pilih kelebarannya, 50 cm atau 25 cm
  • Pilih ketinggiannya, 195 cm atau 229 cm 
  • Pilih bilangan pintunya, anda perlukan 1 pintu untuk setiap rangka berukuran 50 cm

Contohnya: rangka berukuran 100 cm akan memerlukan dua pintu berukuran 50 cm setiap satu. Rangka berukuran 75 cm akan memerlukan satu pintu berukuran 50 cm dan satu lagi berukuran 25 cm.

Pintu gelangsar

Kelebihan praktikal pintu gelangsar ialah ia tidak mengambil banyak ruang, jadi menjimatkan ruang lantai di hadapan almari pakaian anda - sempurna untuk tinggal di ruang kecil. Pintu gelangsar dijual secara berpasangan, dan sesuai untuk rangka yang jumlah ukurannya ialah 150 cm atau 200 cm.

  • Pilih gayanya
  • Pilih kelebarannya: 150 cm atau 200 cm

Sila ambil perhatian bahawa untuk pintu berukuran 150 cm, anda perlu menggunakan dua rangka berukuran 75 cm setiap satu. 

  • Pilih ketinggiannya: 201 cm atau 236 cm, pilih saiz yang sama dengan rangka anda!

Langkah 4: Tambah lengkapan dalaman

Siri KOMPLEMENT mempunyai segala-gala daripada rel pakaian, para dan laci kepada bakul, rak kasut dan dulang barang kemas. Fikirkan tentang keperluan harian anda, benda-benda yang anda perlu ambil dengan mudah dan cara terbaik untuk mengaturkan barang-barang anda. Adakah anda mempunyai banyak kasut? Jadi, jangan lupa akan dulang tarik keluar dengan rel kasut. Banyak seluar? Jadi, anda perlukan penyangkut seluar. Jika anda suka mengaturkan pakaian anda malam sebelumnya, jadi anda perlukan penyangkut valet.

Jangan lupa untuk memilih lengkapan dalaman dengan kedalaman yang betul agar sesuai dengan rangka anda!  

Langkah 5: Tambah pengemasan terakhir 

Tambah beberapa pengemasan tambahan pada kombinasi PAX anda untuk betul-betul menggunakan ruang sepenuhnya, dan untuk menambah sedikit rasa kemewahan pada penyelesaian anda.

Jangan lupa bahawa salah satu komponen utama almari pakaian anda ialah pemegang atau tombol untuk pintu berengsel anda! Pemegang kami datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna, jadi anda dapat menambahkan lebih sedikit gaya pada pintu anda.

Gunakan setiap inci ruang di dalam dan di atas almari pakaian PAX anda dengan rangkaian kotak dan bakul storan kami. Mudah ditarik keluar dan senang dilipat apabila tidak digunakan,aksesori berguna ini menyimpan segala-galanya di tempat masing-masing dan mengekalkan kekemasan almari pakaian anda.

Sekarang anda tidak perlu bimbang tentang cahaya terang yang menyilaukan mata anda, atau ia mengejutkan pasangan anda! Mulakan hari apabila anda membuka almari pakaian anda dan pencahayaan yang lembut menyala. Atau pilih untuk menempatkan lampu kabinet di bahagian atas almari pakaian anda untuk menambah suasana yang nyaman dan selesa pada seluruh bilik.

Perlukan lebih bantuan & inspirasi?

 

Adakah anda perlukan lebih bantuan untuk merancang almari pakaian anda? Gunakan Perancang PAX kami untuk membantu menunjukkan caranya. Atau lihat Risalah almari pakaian kami untuk mendapatkan lebih inspirasi!

Tidak berminat untuk merancangnya sendiri? Lihat kombinasi siap kami!