Langkau ke kandungan utama

Bilik mandi yang tenang agar setiap hari berjalan dengan lancar

Memang mungkin untuk mencipta bilik mandi rasa spa yang menguruskan rutin waktu pagi dengan mudah dan bertukar menjadi ruang yang tenang untuk menikmati masa bersendirian pada waktu malam. Di sini ada beberapa idea untuk membantu merealisasikannya!

Bilik mandi yang mempunyai dua kabinet bawah sink GODMORGON, masing-masing dengan dua laci yang menampung sink dan kelengkapan dandanan diri.
Bilik mandi yang mempunyai dua kabinet bawah sink GODMORGON, masing-masing dengan dua laci yang menampung sink dan kelengkapan dandanan diri.

Asas bilik mandi rasa spa

Warna neutral yang lembut, sink dan kabinet yang anggun, cermin dan pencahayaan yang lembut membantu menetapkan suasana untuk bilik mandi yang teratur dan tenang. Ruang laci yang luas di dalam kabinet bawah sink membantu menyimpan semua keperluan asas anda agar mudah diambil dan tidak kelihatan, menjadikan suasana lebih tenang.

Lihat semua produk bilik mandi
Bilik mandi berwarna cerah yang mempunyai dua kabinet bawah sink terletak sebelah-menyebelah dan dua kabinet bercermin GODMORGON dan tiga lampu terlekap pada dinding.
Lihat semua produk bilik mandi

Laci yang tenang dan tidak berselerak

Item-item kecil seperti barang kemas, alat solek dan berus dapat disimpan dengan kemas di dalam kotak berpenutup jernih ini. Ia direka bentuk dengan sempurna untuk mengatur ruang di dalam laci kabinet bawah sink yang besar ini, membantu mengekalkan suasana yang tenang di seluruh bilik mandi.

Kabinet bawah sink yang mempunyai kelengkapan dandanan diri di atasnya dan dua laci terbuka yang mengandungi kotak berpetak GODMORGON berisi alat solek.

Bersantai dalam hujan

Untuk bersantai sepenuhnya, cuba pancuran atas yang lebar ini dengan fungsi semburan penuh. Ia memberikan rasa ‘berdiri dalam hujan panas’ yang melegakan – betul-betul yang anda perlukan selepas bekerja keras sehari suntuk. Gabungkan dengan keindahan tabir pancuran OPPEJEN supaya ruang itu masih mendapat cahaya – dan air kekal di tempatnya!

Lihat semua pancuran
Pancuran VOXNAN di penjuru bilik mandi berjubin berwarna putih di sebelah tuala dan cangkuk. Tabir pancuran yang jernih dipasang di hadapannya.
Lihat semua pancuran

Bangku panjang masa bersendirian anda

Apabila anda memerlukan ruang untuk memikirkan tentang hari esok atau merenungkan hari yang baru berlalu, bangku panjang ini sungguh berguna. Para di bawah tempat duduk yang luas juga sangat sesuai untuk menyimpan tuala tambahan dan aksesori seperti lilin dengan indah serta dekat dengan anda.

Lihat semua bangku & bangku panjang bilik mandi
Bangku panjang HEMNES berwarna putih di dalam bilik mandi berjubin berwarna putih dengan tuala bergulung dan kotak terletak di para bawah dan bekas di atasnya.
Lihat semua bangku & bangku panjang bilik mandi

Memastikan tuala anda tersusun

Ampaian tuala ini dapat membantu anda memanfaatkan sepenuhnya bilik mandi anda. Ia bukan sahaja dapat mengeringkan tuala dengan cepat, ia juga akan menjadikan bilik mandi kelihatan tenang dan tidak berselerak. Gabungkannya dengan kabinet storan tinggi berpintu kaca dan pencahayaan penetapan suasana yang lembut yang membolehkan anda mempamerkan kelengkapan dandanan diri kegemaran anda.

Penjuru bilik mandi berjubin yang mempunyai tuala dan jubah mandi tergantung pada dua ampaian tuala pada dinding di sebelah dua kabinet tinggi GODMORGON.

Semua yang anda perlukan untuk bilik mandi rasa spa yang anda akan sukai

Rasa berinspirasi? Di sini ada semua produk yang akan membantu anda mencipta bilik mandi yang tenang dan tidak berselerak yang memberi semua ahli keluarga ruang untuk menikmati masa bersendirian, siang dan malam.

Lihat semua produk bilik mandi
Lihat semua produk bilik mandi