






Meja 2-4 tempat duduk dengan venir kayu oak kusam berberus dan sudut bulat yang licin ini sememangnya menjadikannya tempat kegemaran anda setiap hari.
Butiran produk
Setiap meja unik dengan corak ira yang berbeza-beza dan peralihan warna semula jadi yang merupakan sebahagian daripada daya tarikan pada kayu.
Binaan yang stabil dengan kaki kayu yang kukuh dan permukaan venir kayu asli, diwarnakan dan dilakuer berlapis-lapis bagi menahan kesan dan haus, membolehkan anda menikmatinya setiap saat tanpa bimbang.
Meja 2 tempat duduk ini dengan mudah boleh dipanjangkan menjadi meja 4 tempat duduk menggunakan daun swasimpan yang disertakan.
Daun swasimpan ini mudah disisipkan untuk memanjangkan meja dan mudah untuk ditanggalkan dan disimpan di bawah bahagian atas meja selepas tetamu anda pulang.
Kaki meja yang sentiasa di sudut permukaan atas meja walau pun meja telah dipanjangkan, jadi terdapat banyak ruang di bawah meja untuk kerusi.
Menjamu selera dengan bergaya dan selesa. Kerusi upholsteri ini sesuai untuk masa makan yang panjang, meluangkan masa berharga bersama-sama keluarga dan rakan-rakan atau untuk menikmati masa bersendirian yang santai.
Sarung ini diperbuat daripada Tonerud, fabrik poliester lembut dengan rupa felt dan kesan melange dua tona.
Tempat duduk kerusi upholsteri mengagih-agihkan berat tubuh anda dan mengurangkan tekanan pada tulang pinggul.
Kerusi kekal tidak bergerak kerana adanya rangka bawah logam.
Pengukuran
- Panjang minimum meja: 80 cm
- Panjang maksimum meja: 120 cm
- Lebar meja: 70 cm
- Ketinggian meja: 75 cm
- Kelebaran kerusi: 55 cm
- Kedalaman kerusi: 51 cm
- Tinggi kerusi: 75 cm