Bagaimana untuk mendapatkannya
Siri RÅDMANSÖ berilhamkan reka bentuk abad pertengahan yang rapi, sangat berfungsi dan rona kayu walnut yang cerah. Almari pakaian ini mempunyai ruang untuk pakaian bergantung dan berlipat - dan pintu gelangsar pintar juga.
Butiran produk
Almari pakaian RÅDMANSÖ menampilkan ekspresi kayu dengan rona kayu walnut yang cerah yang menghasilkan bingkai indah untuk menyimpan dan menyusun barangan anda.
Deria kualiti dipertingkatkan dengan rincian teliti seperti tombol dengan rupa loyang, dan kaki logam hitam yang memberikan penampilan yang tinggi sedikit dan lapang.
Bahagian dalam laci dan panel belakang berwarna biru tua yang menambahkan dimensi tambahan pada reka bentuk.
Gabungan storan terbuka dan tertutup menambahkan ciri dan membolehkan anda memilih apa yang hendak dipamerkan dan apa yang hendak disembunyikan, menjadikannya lebih mudah untuk memastikan rumah anda teratur.
Dilengkapi dengan 4 laci, 1 rak pakaian, 1 para-para dan 1 pintu gelangsar praktis yang menjimatkan ruang lantai kerana ia tidak mengambil sebarang ruang apabila dibuka. Sesuai untuk bilik tidur kecil atau ruang masuk yang sempit.
Pengurusan kabel memudahkan pembesar suara diletakkan di atas para-para atau bagi menambahkan pencahayaan di bahagian dalam tanpa kord yang berselerak.
Jika anda suka akan gayanya, anda boleh selaraskan dengan meja sisi katil dan almari berlaci dalam siri yang sama untuk penampilan seragam.
Francis Cayouette
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Panel atas/ Panel tepi/ Para-para/ Sekatan/ Panel bahagian bawah:
- Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik
- Panel belakang/ Selusur belakang/ Bahagian bawah laci:
- Bod gentian, Kerajang kertas
- Pintu:
- Bod partikel dan gentian dengan isi kertas indung madu (kertas kitar semula 100%), Kerajang kertas, Tepi plastik
- Bahagian hadapan laci:
- Bod gentian, Kerajang kertas, Tepi plastik
- Bahagian sisi laci/ Bahagian belakang laci:
- Papan partikel, Kerajang kertas
- Kaki/ Rangka bawah:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
RÅDMANSÖ Almari pakaian705.938.28Arahan pemasangan
RÅDMANSÖ Almari pakaian705.938.28Pengukuran
- Dalam: 64 cm
- Tinggi: 190 cm
- Lebar: 118 cm
Bungkusan
RÅDMANSÖ
Nombor artikel705.938.28- Lebar: 64 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 187 cm
- Berat: 38.70 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 63 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 192 cm
- Berat: 35.90 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 63 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 178 cm
- Berat: 31.05 kg
- Bungkusan: 1
Aksesori untuk RÅDMANSÖ
Pandangan pereka
Pandangan pereka
"Semasa saya menghasilkan siri RÅDMANSÖ, reka bentuknya diinspirasikan oleh perabot dari tahun 1950-an dengan ekspresi kayu gelap dan logam. Saya suka kerana ia membolehkan anda menyembunyikan dan mempamerkan barang-barang – dan warna biru pada rincian menghasilkan kontras yang menarik pada bahan lain. Reka bentuk kaki dan kaki tembaga boleh laras menambahkan rupa yang sederhana dan rapi. Ia merupakan perabot yang menarik dan berfungsi yang padan benar digayakan dalam persekitaran moden dan tradisional – atau gabungan kedua-duanya."






