LÅNGARYD Sofa 2 tempat duduk
Bagaimana untuk mendapatkannya
10 tahun jaminan
- Lebih lembut
Sofa LÅNGARYD mempunyai rupa yang tak makan dek zaman dan keselesaan untuk dinikmati selama bertahun-tahun
Butiran produk
Sarung kekal yang sesuai benar yang sentiasa bergaya walaupun selepas seisi keluarga melepak di sofa. Lembut, keselesaan yang tahan lama kerana adanya kusyen tempat duduk dengan teras spring poket yang dikelilingi oleh busa.
Direka secara teliti dengan dimensi yang luas, merangkumi dan bentuk bulat dan lembut. Ruang untuk ramai atau hanya anda apabila anda inginkan masa bersendirian yang menenangkan – lebar tempat duduk menjadikan sofa sesuai untuk tidur siang.
Tempat letak tangan yang rendah dan membulat dilengkapi kusyen berbentuk silinder yang boleh dialih dan digunakan untuk keperluan yang berbeza-beza. Sebagai tempat letak tangan yang selesa, penyokong di bawah lutut anda – atau bantal semasa berbaring.
Kaki yang tinggi memudahkan untuk membersihkan lantai di bawah sofa.
Sarung daripada fabrik kapas dan poliester dicelup dalam warna yang berbeza-beza, yang memberikannya kesan yang menarik. Kualiti tenunan yang kukuh dan tahan lasak memberikan fabrik tekstur yang jelas.
Jaminan 10 tahun. Terma boleh dibaca di dalam brosur jaminan.
Pengukuran
- Ketinggian tempat letak tangan: 59 cm
- Lebar tempat letak tangan: 17 cm
- Dalam: 90 cm
- Ketinggian bebas di bawah perabot: 15 cm
- Ketinggian penyandar belakang: 82 cm
- Dalam tempat duduk: 63 cm
- Tinggi tempat duduk: 43 cm
- Lebar tempat duduk: 164 cm
- Lebar: 198 cm