IDANÄS Katil storan upholsteri
Bagaimana untuk mendapatkannya
Katil storan upholsteri IDANAS ada kepala katil yang tebal dan condong yang menyediakan sokongan yang selesa untuk belakang anda, sesuai untuk bermalas-malas pada pagi hari dan malam yang panjang semasa membaca suratkhabar atau buku di katil.
Butiran produk
4 laci luas di bawah katil memanfaatkan ruang sebaik-baiknya. Ia bagus untuk menyimpan duvet, sarung bantal dan linen tempat tidur, atau pakaian anda.
Laci terbuka dan tertutup secara senyap dan perlahan-lana, jadi anda boleh menggunakannya tanpa membuatkan rakan anda terjaga.
Perincian klasik pada butang menjadikan kepala katil bagai memikat perhatian di mana-mana bilik tidur.
Upholsteri lembut pada sentuhan dan menjadikan masa tidur malahan lebih selesa.
Kaki kayu padu kuat dan kukuh, serta melengkapkan reka bentuk klasik ini.
Bahagian bawah rangka katil mudah divakum agar ruang bersih dan bebas habuk.
Tepi katil boleh laras membolehkan anda menggunakan tilam yang berlainan tebal.
Mencipta bilik tidur yang terselaras dengan rangka katil ini dengan perabot lain daripada siri IDANAS.
Francis Cayouette
Pengukuran
- Panjang: 223 cm
- Lebar: 190 cm
- Tinggi hujung katil: 49 cm
- Tinggi kepala katil: 121 cm
- Panjang tilam: 200 cm
- Lebar tilam: 180 cm