EKEDALEN Meja boleh dipanjangkan, coklat, 80/120x70 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Meja ruang makan yang tahan lama yang menjadikan ia mudah untuk mengadakan jamuan besar. Meja boleh dipanjangkan oleh seorang sahaja dan ada banyak ruang untuk kerusi kerana kakinya yang sentiasa terletak di sudut meja.
Butiran produk
Daun swasimpan ini mudah disisipkan untuk memanjangkan meja daripada 2 kepada 4 tempat duduk dan mudah untuk ditanggalkan dan disimpan di bawah bahagian atas meja selepas tetamu anda pulang.
Reka bentuk bijak bermakna permukaan atas meja tidak ada alur apabila anda menggunakan meja tanpa memanjangkannya.
Kaki meja yang sentiasa di sudut permukaan atas meja walau pun meja telah dipanjangkan, jadi terdapat banyak ruang di bawah meja untuk kerusi.
Setiap meja unik, dengan corak ira yang berbeza-beza dan anjakan warna semula jadi yang merupakan sebahagian daripada daya tarikan kayu.
Meja ini telah duji mengikut stardard terketat kami terhadap kestabilan, ketahanan dan keselamatan bagi menahan kegunaan harian di rumah anda selama bertahun-tahun.
Ehlén Johansson
Pengukuran
- Panjang minimum: 80 cm
- Panjang maksimum: 120 cm
- Lebar: 70 cm
- Tinggi: 75 cm