AFTONSPARV Mainan lembut, Bumi/pelbagai warna
Bagaimana untuk mendapatkannya
- Boleh dibasuh mesin
Bagaimanakah agaknya seorang kanak-kanak menggambarkan Bumi? Tidak dinafikan, imaginasi mereka akan menghasilkan sesuatu yang benar-benar unik. Ini adalah versi kami - si lembut sebenar yang selesa untuk dipeluk dan juga seronok bermain dengannya.
Butiran produk
Anda boleh main baling dengan si lembut ini, seperti bola.
Dalam dunia penuh khayalan, kita semua berhak memikirkan yang aneh dan ajaib. Itulah sebabnya saiz dan lokasi lautan dan benua pada mainan lembut ini tidak menggambarkan realiti.
Diperbuat daripada poliester kitar semula 100% yang lembut dan nyaman pada kulit yang sensitif.
Mainan lembut dalam koleksi AFTONSPARV boleh dimasukkan ke dalam kapal angkasa, jadi ia boleh sampai ke semua planet di alam semesta dengan mudah.
Dihasilkan secara kerjasama dengan kanak-kanak dalam sesi bermain untuk mereka meluahkan fikiran dan idea mereka. Pendapat mereka mempengaruhi keputusan kami dan menjadikan produk kami lebih baik. Lagipun, mereka pakar.
Dengan mainan, tekstil dan lampu berilhamkan angkasa lepas dalam koleksi AFTONSPARV, kami ingin mencetuskan rasa ingin tahu dan menginspirasikan kanak-kanak.
Hadiah yang benar-benar sesuai untuk kanak-kanak yang terpesona dan menyukai semua benda di angkasa.
Semua mainan lembut sedap dipeluk, menyelesakan dan mendengar dan suka bermain dan nakal. Tambahan pula, ia boleh diharap dan telah diuji keselamatannya.
Kami tahu mainan lembut kami mampu memberikan kasih sayang selama bertahun-tahun. Sebab itu kami telah memilih bahan yang selesa, mata bersulam, melakukan ujian pencucian yang ketat dan memastikan yang bahan tersebut bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Marta Krupińska