Langkau ke kandungan utama

Tidur di atas katil yang penuh dengan bunga

Wujudkan wahah yang tenang di rumah dengan tekstil bilik tidur kami yang baharu. Corak berbunga-bunganya yang tenang memberi anda permulaan yang baik pada waktu pagi dan perasaan gembira setiap kali anda masuk tidur. Perkara yang benar-benar menarik tentangnya ialah ia dibuat daripada 100% kapas daripada sumber yang lebih lestari. Bahan semula jadi ini rasa lembut pada kulit anda, memastikan bahawa anda dapat tidur malam yang nyenyak atau tidur sekejap pada waktu petang yang menyegarkan.

Gambar dekat sarung kuilt dan sarung bantal PRAKTBRÄCKA berwarna kelabu menampilkan corak berbunga-bunga tradisional berwarna hitam putih.
Gambar dekat sarung kuilt dan sarung bantal PRAKTBRÄCKA berwarna kelabu menampilkan corak berbunga-bunga tradisional berwarna hitam putih.

Sarung kuilt PRAKTBRÄCKA benar-benar merupakan suatu ciptaan seni. Corak berbunga-bunga pada sarung kuilt dan sarung bantal yang indah ini diinspirasikan oleh corak abad ke-18 daripada Musée de l’Impression sur Étoffes (Muzium Tekstil Bercetak) yang bersejarah di negara Perancis. Lebih baik lagi, ia dibuat daripada 100% kapas daripada sumber yang lebih lestari, menjadikannya sangat lembut dan nyaman untuk tidur di atasnya.

Kebahagiaan tidur sekejap

Sarung kuilt JUNIMAGNOLIA memudahkannya untuk menyegarkan penampilan bilik tidur anda untuk musim bunga. Corak berbunga-bunga dan warna hangat seperti tanah menimbulkan perasaan yang tenang. Sarung kuilt dan sarung bantal dibuat daripada 100% kapas – bahan semula jadi dan tahan lama yang menjadi semakin lembut dengan setiap cucian.