OMTÄNKSAM – Direka bentuk untuk Semua Orang
Kadang-kadang kita semua memerlukan sedikit keselesaan dan sokongan tambahan. Dengan koleksi OMTÄNKSAM, IKEA mahu memudahkan lagi kehidupan harian untuk semua orang – dan semua badan. Dibangunkan secara kerjasama dengan pakar ergonomik dan diuji oleh orang-orang dengan keperluan dan cabaran yang berbeza, produk-produk ini mudah digenggam, tidak mungkin tergelincir dan amat elok apabila duduk dan bangun (serta banyak lagi). Ia juga berkongsi ekspresi Scandinavia yang klasik – direka bentuk supaya tahan.


Kehidupan harian dijadikan lebih mudah
“
Reka bentuk pintar terhasil apabila kita melihat dunia melalui pandangan orang lain. Sebaik sahaja kita menilai sejenak dan mengubah perspektif, kita membuka pintu kepada peluang baharu.”
- Britt Monti, Ketua Kreatif IKEA