Buat hidangan yang tak dapat dilupakan
Menyediakan makan malam sungguh seronok dengan siri perkakas memasak kami yang terbaharu. VARDAGEN terdiri daripada kaserol dan kuali leper berwajah tradisional yang dibuat daripada besi tuang tak bersalut. Warna pekatnya mewujudkan rasa kedesaan di dapur dan ruang makan. Ia sangat sesuai digunakan untuk masak secara perlahan dan lama kerana perkakas memasak ini akan memancarkan haba secara tetap dari semua arah.


Pereka bentuk Mikael Axelsson berkongsi fikirannya tentang mereka bentuk kaserol yang tidak lapuk dek zaman dan membantu mewujudkan pengalaman memasak yang menyeronokkan:
“Idea saya berkaitan dengan VARDAGEN ialah untuk membuat periuk besi tuang klasik yang boleh digunakan oleh orang ramai tahun demi tahun, malah diturunkan kepada generasi seterusnya. Untuk memberikannya gaya retro yang sesuai, saya mendapat inspirasi daripada reka bentuk tahun-tahun 1950-an. Periuk-periuk jenis ini agak berat, jadi saya menghabiskan banyak masa pada reka bentuk dan peletakan pemegangnya untuk menjadikannya ergonomik. Kehalusan lain ialah anda boleh menggantungkan penutupnya pada periuk semasa memasak. Harap-harap periuk gaya lama ini akan menyeronokkan lagi banyak hidangan yang tak dapat dilupakan!”