Langkau ke kandungan utama

Bilik tidur untuk tempo yang lebih tenang

Hidup boleh menjadi terlampau sibuk dan apabila rumah anda juga merupakan ruang kerja anda, ia boleh menjadi sukar untuk menenangkan keadaan. Langkah masuk ke dalam bilik tidur yang berfungsi sebagai tempat memulihkan tenaga yang sempurna, dengan storan yang menghapuskan keadaan berselerak dan palet warna lembut yang mempunyai ton warna yang sama untuk merasai suasana yang menyantaikan dengan serta-merta.

Bilik tidur yang mempunyai katil otoman MALM, linen katil KOPPARBLAD, meja solek NORDKISA dan kerusi persidangan FJÄLLBERGET.
Bilik tidur yang mempunyai katil otoman MALM, linen katil KOPPARBLAD, meja solek NORDKISA dan kerusi persidangan FJÄLLBERGET.

Perbezaan ton warna

Jika anda tinggal di studio atau pangsapuri kecil, warna dapat membantu mewujudkan pemisah yang perlu antara kawasan bilik tidur anda dengan bahagian-bahagian lain di dalam rumah. Warna merah jambu lembut, biru sejuk dan kayu berwarna pucat mewujudkan suasana sedia untuk tidur di dalam bilik ini dan memisahkannya secara visual dari ruang tamu yang bersambung di sebelah lain pintu gelangsar kaca.

Lihat semua linen katil
Lampu meja DEJSA opal dan berwarna putih terletak di sebelah kaki lilin berwarna putih.
Bahagian atas katil yang mempunyai berbilang bantal dengan sarung bantal DVALA berwarna merah jambu muda dan linen katil KOPPARBLAD berwarna biru gelap.
Beberapa skarf tergantung pada penyangkut pelbagai guna KOMPLEMENT berwarna putih yang digantungkan pada pemegang almari pakaian.
Belebas gambar di atas katil menampung serahi kaca jernih dengan penyumbat gabus IKEA 365+, gelas dan hiasan.
Bilik tidur yang mempunyai almari berlaci MALM dengan hiasan di atasnya terletak di sebelah cermin berdiri kayu ash IKORNNES.
Lihat semua linen katil
Pintu kaca terbuka terus ke bilik tidur yang mempunyai katil otoman MALM, meja solek dan kerusi, serta lampu pendan bujur.
Melapiskan benda-benda yang berbeza dalam warna yang serupa boleh merupakan cara yang hebat untuk menyatukan suatu kawasan di dalam rumah anda. Malah ia dapat menyebabkan ruang yang kecil seolah-olah kelihatan lebih luas.

Joseph AbbottPereka hiasan dalaman

Menggunakan unit storan yang besar

Ya, anda boleh memiliki unit perabot yang lebih besar tanpa menenggelami ruang yang lebih kecil, dan beginilah caranya. Dengan memadankan warna unit PAX yang luas ini dengan dinding, kombinasi almari pakaian ini hampir-hampir bersepadu dengan seni bina bilik tersebut. Dilengkapi dengan laci, rel selain kotak dan penyangkut KOMPLEMENT, almari pakaian ini merupakan impian pengikut fesyen, teratur dengan sempurna – hinggalah stoking yang terakhir.

Lihat betapa banyak penyelesaian storan yang dapat muat
Sebahagian daripada almari pakaian berlaci dan kotak KOMPLEMENT berwarna kelabu muda berisi pakaian berlipat yang disusun dengan kemas.
Bilik tidur yang mempunyai sebaris almari pakaian PAX dengan pintu REINSVOLL berwarna kelabu-kuning air. Di lantai terdapat bangku tangga kayu bic BEKVÄM.
Lihat betapa banyak penyelesaian storan yang dapat muat

Setiap milimeter penting

Tinggal di ruang kecil tidak bermakna anda terpaksa melepaskan barang-barang yang anda sukai – anda hanya perlu memikirkan tentang ruang secara lebih imaginatif! Ceruk sangat kecil ini telah diubah menjadi sudut solek yang bekerja keras, dengan ruang permukaan yang cukup untuk mencuba tutorial terkini dan storan menegak untuk mengatur dan menyimpan semua alat solek dan minyak wanginya.

Lihat semua para dinding
Aksesori kecantikan terletak di atas para kayu semula jadi yang terlekap pada dinding, kebanyakannya teratur di dalam set tiga kotak DRAGAN yang dibuat daripada buluh.
Bilik tidur yang mempunyai kerusi persidangan beroda FJÄLLBERGET di sebelah meja solek NORDKISA dengan lampu dan cermin di atasnya.
Lihat semua para dinding

Kotak kecil dengan kesan yang besar

Penggunaan kotak storan kecil ialah cara yang hebat untuk memuatkan dan mengatur barang-barang anda. Dengan banyak pilihan yang indah, ia juga dapat menyerikan lagi rumah anda.