Pemasangan
Produk kami direka khas supaya mudah dipasang, bagi memudahkan pelanggan kami lakukannya sendiri. Dengan ini, anda dapat jimatkan duit.
Namun, jika anda perlukan bantuan, kami boleh aturkan rakan niaga khidmat profesional untuk pasang produk anda. Pembungkusan akan dibawa pergi untuk dikitar semula, melainkan anda mahu simpannya, dan rumah anda kekal bersih dan kemas.
Membeli-belah di IKEA.my
Jika anda membuat pesanan secara dalam talian, kami menawarkan pilihan pemasangan berikut bersama dengan penghantaran trak. Anda boleh menempah perkhidmatan pemasangan semasa anda membuat pembayaran!
Jenis khidmat
- Pemasangan perabot 10% dari harga asal produk
- Termasuk pemasangan penahan terbalik untuk tujuan keselamatan.
- Perkhidmatan pemasangan tidak termasuk kerja elektrik dan paip.
- Pemasangan untuk kaki sofa dan sofa katil terpilih adalah percuma. Hanya terpakai untuk siri LANDSKRONA, KLAGSHAMN, NYHAMN, LYCKSELE, STOCKHOLM dan VISKAFORS.
Barang yang memerlukan penggerudian dinding:
- RM5.00 / lubang
- Bayaran perlu dibuat terus kepada penyedia perkhidmatan.
Untuk pemasangan berkaitan dapur, sila rujuk caj pemasangan dapur kami di sini.
Membeli-belah di gedung IKEA berdekatan anda
Bagi menempah perkhidmatan pemasangan di gedung kami, sila ke kaunter perkhidmatan atau kaunter penghantaran di Kawasan Khidmat pelanggan. Lihat maklumat lanjut di pilihan penghantaran di gedung IKEA.