Notis Privasi Data Peribadi Kepada Rakan Sekerja IKEA
Rakan-rakan sekerja yang dihormati,
Notis privasi untuk data peribadi ini (“Notis Privasi Data Peribadi”) diberikan kepada semua rakan sekerja Ikano Handel Sdn Bhd (“Ikano”, “kita” dan “kami”) yang dihormati, selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
Sepanjang masa urusan anda dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan berkomunikasi dengan anda, mengurus, memperbaiki dan mengekalkan pentadbiran sumber manusia yang efektif, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda, memperbaiki dan memudahkan prestasi pekerja dan semakan gaji, memantau pematuhan polisi, peraturan, buku panduan dan garis panduan Ikano, membolehkan kami merancang dan memantau keperluan latihan, melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja, serta tujuan-tujuan lain yang kami perlukan atau berhubung dengan perkerjaan anda dengan kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”) yang tertera di dalam Polisi Privasi Data Peribadi kami dan Buku Panduan Pekerja / Manual Pematuhan Perlindungan Data Peribadi kami. Sila rujuk kepada Polisi Privasi Data Peribadi kami dan Buku Panduan Pekerja / Manual Pematuhan Perlindungan Data Peribadi kami untuk penjelasan yang terperinci tentang pemprosesan data peribadi anda oleh kami.
Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada IKEA Systems B.V., pemegang-pemegang francais IKEA lain dan syarikat berkaitan dan bersekutu kami, vendor, pembekal, rakan usaha sama/perniagaan, serta ejen dan/atau pembekal perkhidmatan yang dilantik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, jikalau perlu, yang memberi produk dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami, mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit, mana-mana pihak sepertimana yang tertera di dalam Polisi Privasi Data Peribadi kami dan Buku Panduan Pekerja / Manual Pematuhan Perlindungan Data Peribadi kami, atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Sesalinan Buku Panduan Pekerja / Manual Pematuhan Perlindungan Data Peribadi kami boleh didapati di dalam intranet kami. Sesalinan Polisi Privasi Data Peribadi kami boleh didapati di sini.
Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi ini dan Polisi Privasi Data Peribadi kami, kami mungkin tidak dapat menawarkan semua faedah pekerjaan atau memberi layanan yang sama seperti rakan-rakan sekerja anda yang telah menerima terma-terma ini.
Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa.
Setiap permintaan bertulis atau perhubungan mengenai data anda perlu disampaikan ke alamat di bawah:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat: IKEA Damansara, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
No.Telefon: 03 7952 7575
Alamat E-mel: dpo.my@ikano.asia
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberi data peribadi berkaitan dengan individu lain (seperti ahli keluarga anda atau pihak ketiga yang lain termasuk individu yang di bawah umur 18 tahun). Anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberi data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini.
Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi Data Peribadi ini dan Polisi Privasi Data Peribadi kami dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pemindahan kepada Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami akan dimaklumkan melalui cara yang bersesuaian. Jika kita meminda Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi Data Peribadi atau Polisi Privasi Data Peribadi yang terpinda.
Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi Data Peribadi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Tarikh Notis Privasi Data Peribadi ini dikeluarkan: 28 Februari 2019
Baca selanjutnya:
Notis Privasi Data Peribadi Kepada Pelanggan dan Tetamu IKEA
Notis Privasi Data Peribadi Kepada Pemohon Kerja
Notis Privasi Data Peribadi Kepada Vendor/Pembekal/Pengedar
Borang Permintaan Data Peribadi
Borang Permintaan Data Peribadi Ikano Handel Sdn Bhd bertujuan untuk mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Kami akan menjawab seperti dalam garis panduan yang ditentukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 setelah Permintaan anda diterima. Terima kasih.
Borang permintaan akses Data
Bagi mengemukakan permintaan untuk mengakses data peribadi anda, sila muat turun dan lengkapkan borang permintaan ini dan emel ke dpo.my@ikano.asia.
Jika anda memohon akses untuk orang lain, sila muat turun dan lengkapkan borang permintaan ini dan emel ke dpo.my@ikano.asia.
Jika anda ahli IKEA FAMILY, anda boleh log masuk di kios dalam gedung atau laman web untuk paparan data peribadi anda.
Borang permintaan pembetulan Data
Untuk mengemukakan permintaan untuk pembetulan data peribadi anda, sila muat turun dan lengkapkan borang permintaan ini dan emel ke dpo.my@ikano.asia.
Jika anda meminta akses untuk orang lain, sila muat turun dan lengkapkan borang permintaan ini dan emel ke dpo.my@ikano.asia.
Jika anda ahli IKEA FAMILY, anda boleh log masuk di kios dalam gedung atau laman web untuk mengedit data peribadi anda.
Borang izin am penarikan balik
Untuk menarik balik izin terhadap pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda, dan/atau menamatkan keahlian IKEA FAMILY anda atau keahlian småles, sila muat turun dan lengkapkan borang permintaan ini.
Jika anda ahli IKEA FAMILY, anda boleh log masuk di kios dalam gedung atau laman web untuk mengemaskini izin anda untuk menerima pemasaran langsung dan promosi.
Borang aduan
Untuk mengemukakan aduan atau ketidakpuasan hati mengenai bagaimana kami menangani data peribadi anda atau mengenai bagaimana kami boleh mematuhi PDPA, sila muat turun dan lengkapkan borang aduan ini dan emel ke dpo.my@ikano.asia.