Langkau ke kandungan utama
Langkau ke senarai produk

Bingkai & gambar

Sebagai perubahan, mari kita letakkan telefon kita dan gantungkan bingkai gambar untuk mempamerkan gambar kegemaran kita! Anda hanya memerlukan gambar dan bingkai. Kami ada banyak pilihan warna dan saiz untuk membolehkan anda memperibadikan rumah anda dengan segera. Terdapat juga belebas gambar, kotak pameran dan cetakan seni untuk digabungkan dengan hiasan anda.

Lihat pelbagai jenis Para dinding lengkap, Aksesori hiasan dan Pencahayaan hiasan kami.

Mencari bingkai gambar? Gunakan panduan saiz kami untuk Temui Bingkai Gambar yang Sesuai.

Hiasan dinding yang dihasilkan dengan teliti

Tambah suasana menyegarkan di bilik anda dengan barangan buatan tangan ini, dihasilkan oleh artisan berkemahiran. Selain daripada keindahan semula jadinya, ia diperbuat daripada bahan boleh dibaharui seperti daun pokok kelapa sawit dan sej. Membuat uji kaji juga dengan peletakan dan pengelompokan sebenarnya boleh memberikan dimensi hiasan lain pada gabungan.

GILLSTAD sej dan hiasan dinding lain pada dinding berdekatan katil dengan linen katil NÄSSELKLOCKA berwarna kelabu-hijau, bercorak bunga.
Dinding papan lapis disinari cahaya matahari dengan sepasang hiasan dinding daun pokok kelapa MOLNSKOG digantung pada kabinet dengan lebih banyak hiasan.

Lima cara yang menginspirasikan untuk menggunakan para-para peragaan

Serlahkan barang-barang kegemaran anda menggunakan belebas gambar dan para pameran. Anda boleh menukarkan kerja seni, buku dan cenderamata pada bila-bila masa, jadi dinding anda sentiasa kelihatan segar. Ia juga praktikal untuk ruang kecil; lebarnya yang sempit membuatkannya sesuai untuk digunakan sebagai meja sisi katil atau para-para bilik mandi.

Lihat semua para pameran & belebas gambar
Karya seni di dalam bingkai LOMVIKEN dan RIBBA diletakkan pada belebas gambar MOSSLANDA pada katil dengan linen katil berwarna pastel.
Dua belebas gambar MELLÖSA lut sinar dengan kelengkapan dandanan diri terletak di atasnya, terlekap di atas sink di dalam bilik mandi dengan kertas hias dinding yang berbunga-bunga berwarna biru.
Belebas gambar MOSSLANDA dengan barang-barang seramik berwarna putih terletak di atasnya, terlekap pada dinding di atas meja LOMMARP berwarna kuning air muda yang mempunyai buku.
Belebas gambar MÅLERÅS yang dibuat daripada buluh dengan pinggan dan dulang terletak di atasnya, disokong oleh dawai langsir, terlekap pada dinding di atas para yang menampung perkakas memasak.
Dinding berwarna kelabu yang mempunyai tiga belebas gambar MOSSLANDA berwarna putih dengan buku, majalah dan patung kecil terletak di atasnya.
Lihat semua para pameran & belebas gambar