Langkau ke kandungan utama

Sedikit Resipi untuk menjadikan Rumah Lebih Baik

Menjadikannya Kelihatan Segar. Perubahan mudah pada barangan yang merangkumi aktiviti harian anda dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada anda.

Segarkan suasana dengan menempatkan tumbuh-tumbuhan di tepi tingkap

Tempatkan tumbuh-tumbuhan di sudut yang disinari cahaya matahari! Dengan cara itu, semua orang yang dekat dengannya akan berasa ceria. Oleh sebab ruang tingkap adalah terhad, menambah permukaan, seperti bangku panjang atau meja sisi, dekat dengan ambang tingkap membolehkan anda menyebarkan kegembiraan.


Tumbuh-tumbuhan untuk wajah malar hijau yang mudah dijaga

Biarkan set tumbuh-tumbuhan yang baharu untuk menyegarkan dan menghias apa juga ruang. Penggunaan tumbuh-tumbuhan tiruan membolehkan anda mewujudkan kesan yang sama – hanya ia juga gembira tanpa cahaya matahari, dan hampir-hampir tidak memerlukan sebarang penjagaan.


Baharui ruang santai luar anda dengan tekstil

Apabila musim panas yang dinanti-nantikan tiba, memiliki tempat ketenangan anda sendiri sangat berharga. Dibaharui dengan tekstil yang berwarna-warni dan barang-barang kaca untuk mengurus jamuan ringan, ia berfungsi sebagai ruang untuk menyambut tetamu dan juga ruang santai peribadi untuk anda bermalas-malas.


Gantungkan perasaan musim panas anda pada dinding

Musim panas mungkin lama lagi, namun sensasi seketika sukar dihilangkan. Kenapa tak buat tempat pameran yang menggambarkan perasaan itu – membolehkan anda menghidupkan kembali kenangan musim panas walaupun ia telah lama berlalu?


Menyediakan meja dengan rasa musim panas

Sama ada menikmatinya di luar atau di dalam rumah, hidangan musim panas rasa lebih segar dan sedap. Dapatkan inspirasi untuk menambahkan perincian kemeriahan – pemegang napkin, kelengkapan hidangan dan hiasan – untuk memadankan ruang hidang anda dengan persekitaran musim panasnya.


Perkakas membuat kuih untuk menyerlahkan kemahiran anda dengan tepung

Cara yang menyeronokkan untuk meraikan warna dan rasa musim panas ialah menangkapnya – dalam pai. Pastikan bahawa anda memiliki kuali bentuk spring tak melekat, cawan penyukat dan aksesori sedia digunakan untuk buah-buahan yang masak, beri dan inspirasi membuat kuih.


Semuanya teratur untuk dapur musim panas anda

Sesetengah aksesori dapur – sarung tangan ketuhar, tuala pengesat, landas cencang, perkakas dapur terpilih – kerap digunakan. Dengan menggantungkannya pada rel, anda dapat mencapai pembantu berguna anda dengan mudah sepanjang masa. Selain itu, ia juga merupakan tambahan yang bergaya di dapur anda.


Tingkap musim panas dengan cahaya warna kemerah-merahan

Hari-hari yang cerah dan terang menyoroti tingkap anda secara semula jadi. Ambil peluang untuk menapis cahaya matahari menggunakan langsir nipis, membiarkan warnanya menjadi tema – seperti suasana kelopak bunga berwarna merah jambu – untuk seluruh bilik.


Teman baik sofa dan kerusi berlengan

Tempat duduk ruang tamu anda mungkin terdiri daripada perabot cantik yang tahan lama, kegemaran untuk bertahun-tahun yang akan datang. Ini juga menjadikan tekstil dan aksesori – alas dan beberapa kusyen di sini, vas yang sepadan di sana – pelengkap yang ideal untuk pembaharuan yang lebih kerap dan menyegarkan.


Kelengkapan hidangan yang disesuaikan mengikut tugasnya

Keraian sudah diurus! Jika ia bukan pengijazahan, majlis perkahwinan atau pesta, musim panas sahaja sudah merupakan tujuan yang wajar untuk mengadakan jamuan. Mujurlah IKEA ada pinggan, gelas, kutleri dan hiasan yang sesuai dengan apa jua dan semua detik itu.


Asas bilik mandi yang mengalu-alukan

Biarkan bilik mandi anda menjadi langkah terakhir dalam menawan hati tetamu anda. Segar, berfungsi dan bergaya hinggalah tuala, cermin dan pendispens sabun.


Biarkan cermin anda membayangkan gaya anda

Anda mungkin cerewet tentang fesyen yang anda tayangkan di hadapan cermin anda. Kenapa tak sertakan cermin sebagai sebahagian daripada ekspresi anda? (Sesetengahnya juga berfungsi sebagai tombol yang berguna untuk menggantungkan pakaian.) Gunakan campuran, padanan dan peletakan untuk membuat penyataan agar sepadan dengan pakaian anda pada hari itu.


Tetapkan suasana dengan lilin wangi

Hiasan memainkan peranan yang penting di mana-mana ruang – tetapi selalunya, ia terhad kepada ekspresi visual. Biarkan keharuman lilin wangi menambah dimensi, menjadikan rumah anda berbau harum setanding dengan wajahnya yang indah.



Pemasangan

Perkhidmatan profesional – di rumah atau di pejabat

Ketahui lebih lanjut

Perancangan dan perundingan

Nasihat peribadi daripada pakar

Ketahui lebih lanjut

Polisi pulangan 365 hari

Tak mengapa jika anda berubah fikiran

Ketahui lebih lanjut

Plan pembayaran ansuran

Bahagikan kos kepada 6, 12 atau 24 bulan

Ketahui lebih lanjut