Langkau ke kandungan utama

Menjadikan rumah solar boleh dicapai oleh orang ramai

Kita perlukan tenaga elektrik untuk kehidupan yang baik di rumah. Walau bagaimanapun, kebenarannya ialah kebanyakan kuasa dihasilkan di kilang kuasa yang menggunakan bahan api fosil. Alternatif bersih tersedia ada, tetapi sehingga kini ia melangkaui capaian kebanyakan orang. Tetapi semua itu akan berubah.

Seorang kanak-kanak memakai kemeja-t berwarna merah menarik langsir berwarna kuning dan putih untuk mendedahkan pancaran terik matahari melalui tingkap.
Ketahui tentang Perkhidmatan Tenaga Bersih

IKEA Sweden menawarkan tenaga elektrik daripada angin dan suria

IKEA telah menambah langganan tenaga elektrik pada tawaran Perkhidmatan Tenaga Bersihnya. Ini membolehkan pelanggan membeli tenaga elektrik yang mampu milik dan diperakui daripada suria dan angin, serta menggunakan aplikasi untuk menjejaki penggunaan tenaga elektrik mereka sendiri.

Ketahui tentang Perkhidmatan Tenaga Bersih

Tidak pernah mendengar tentang IKEA Home Solar?

Itu kerana kami baru sahaja melancarkan perkhidmatan suria rumah dalam 11 pasaran. Tetapi anda boleh yakin bahawa kami ingin membuat tenaga bersih tersedia secara meluas secepat mungkin. Lagipun, apabila bercakap tentang menentang pemanasan global, kami perlu mulakan secepat mungkin.

Seorang lelaki muda memakai kemeja denim berwarna biru dan sarung tangan sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan susunan panel suria.

Bagi kurang jejak iklim, kami akn bertukar kpd tenaga boleh dibaharui 100% seluruh rantaian nilai IKEA menjelang 2030.

Tenaga boleh dibaharui dan bersih di tempat kerja dan di rumah

Bertukar daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh dibaharui merupakan salah satu cara paling berkesan kami boleh mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C. Setakat ini, kami ada lebih daripada 935,000 panel suria di gedung kami dan bangunan lain. Kami juga ingin membantu pelanggan membuat penukaran dengan memberikan perkhidmatan tenaga bersih seperti suria rumah.

Susunan enam panel suria pada atap bercerun, berjubin dengan jubin terra cotta berwarna merah. Di latar belakang terdapat pokok dan langit biru.

Baik untuk perniagaan kita. Baik untuk planet ini.

Kami telah memasang 16,000 panel solar di atas bumbung gedung dan pusat kami di Malaysia. Menjelang 2030, kami menyasarkan untuk memenuhi semua keperluan elektrik kami melalui tenaga boleh diperbaharui. Inilah cara kami mengurangkan jejak karbon dan kos operasi kami, dan mengekalkan harga rendah untuk pelanggan kami.