Langkau ke kandungan utama

Setiap hari yang lestari

Kami ingin memperkasakan orang ramai untuk hidup secara lebih lestari, jadi kami memfokuskan produk mampu milik, cekap sumber dan tenaga. Dengan panel suria rumah, sosej sayuran dan penyelesaian jimat tenaga, kami memudahkan orang ramai untuk mempunyai kediaman yang lebih lestari.

Cara untuk hidup lebih lestari di rumah

Kami memahami bahawa lebih ramai orang berminat untuk mengurangkan impak yang mereka ada terhadap planet, tetapi orang yang ramai itu tidak benar-benar tahu cara melakukannya. Untuk membuatkan ini lebih mudah kami memfokuskan beberapa perkara: tenaga, udara, air dan sisa.

Satu pasangan muda sedang menyediakan makanan di dapur galeri mereka. Salah seorang daripada mereka sedang mencincang lada benggala sementara seorang lain mencari sesuatu di kabinet dinding.

Memilih bahan yang lebih lestari

Kami meneruskan perjalanan ke arah hanya menyumber bahan boleh dibaharui dan dikitar semula menjelang 2030. Kami sasarkan untuk menggunakan hanya bahan boleh dibaharui atau dikitar semula dan untuk memberikan penyelesaian baharu kepada pelanggan kami bagi memanjangkan hayat produk dan bahan.

Ambal tenunan kasar dengan beberapa gambar bercetak serta pelbagai bahan mentah termasuk daun dan wul.
Lebih lanjut tentang Strategi kelestarian IKEA

Strategi kelestarian yang jelas

Kami telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi. Ini termasuk komited untuk menjadi positif iklim menjelang 2030. Ini bermaksud mengurangkan lebih banyak pelepasan gas rumah hijau berbanding pelepasan daripada rantaian nilai IKEA penuh, di samping itu masih mengembangkan perniagaan IKEA.

Lebih lanjut tentang Strategi kelestarian IKEA
Terokai selanjutnya

Penetapan minda sisa sifar

Di IKEA, pembaziran sumber ialah sesuatu yang seboleh-bolehnya kami elakkan dan kami sentiasa mencari cara baharu untuk memanafaatkan daripada sumber yang sedikit dengan sebaik-sebaiknya. Ini terpakai pada bahan mentah, tenaga dan ruang. Dan kami juga tahu bahawa sisa boleh menjadi sumber yang bernilai. Lagipun, sisa bukan lagi sisa sekiranya ia diberikan hayat kedua. Kini kami mengadakan kerjasama dengan Kloth Care untuk mengubah semula uniform lama dan memberikannya hayat kedua. 

Terokai selanjutnya