Langkau ke kandungan utama

Ruang luar yang subur dan tenang

Selamat datang ke wahah anda sendiri di ruang luar – patio moden dengan warna kayu yang tenang, sedikit kehijauan dan banyak gaya. Dengan perabot yang fleksibel, tempat untuk bersantai berubah menjadi tempat untuk perjumpaan yang mesra dengan mudah.

Pembahagi kayu menawarkan peluang untuk mengintai patio yang mempunyai perabot kayu, geladak kayu, gril berwarna hitam dan unit storan berwarna hijau.
Pembahagi kayu menawarkan peluang untuk mengintai patio yang mempunyai perabot kayu, geladak kayu, gril berwarna hitam dan unit storan berwarna hijau.

Untuk perjumpaan yang tidak dapat dilupakan

Dengan set ruang makan ÄPPLARÖ, mudah sahaja untuk mewujudkan ruang luar yang anggun namun nyaman dan selesa yang betul-betul sesuai untuk mengundang rakan-rakan ke rumah. Bergaya dan mesra planet, ia dibuat daripada kayu akasia daripada sumber yang lestari. Hanya tambah kusyen untuk berasa lebih selesa lagi.

Lihat semua perabot ruang makan luar
Set ruang makan kayu dengan pinggan berisi makanan dan minuman di atasnya, kerusi boleh condong dengan kusyen berwarna hijau dan gril berwarna hitam.
Lihat semua perabot ruang makan luar

Suasana percutian di rumah

Barbeku arang membolehkan anda berseronok-seronok semasa perjumpaan di patio anda sendiri yang nyaman dan selesa – tidak kira betapa besar atau kecil. Ia kukuh dan mempunyai banyak ruang di bawahnya untuk menyimpan kelengkapan hidangan.

Lihat semua barbeku
Gril barbeku berwarna hitam dengan jagung di atasnya dan tindanan pinggan dan mangkuk di bawahnya, terletak bersandar pada dinding berwarna putih dengan pokok ivy.
Lihat semua barbeku

Storan bergaya

Dengan storan terbuka dan juga tertutup, kabinet ini membolehkan anda menyimpan atau mempamerkan pasu pokok, lantera dan vas anda. Warna hijaunya yang ceria melengkapi perabot kayu dengan indah.

Lihat semua susun atur ruang luar
Kabinet storan berwarna hijau dengan pasu pokok di atas paranya, terletak bersandar pada dinding berwarna putih dengan pokok ivy.
Lihat semua susun atur ruang luar

Meja jimat ruang yang mesra planet

Selain dibuat daripada kayu akasia daripada sumber yang lestari, perkara yang hebat tentang meja ÄPPLARÖ ialah kefleksibelannya. Panjangkannya apabila ada tetamu, dan mudah sahaja dilipat apabila masa untuk bersendirian.

Meja kayu yang satu sisinya dilipat untuk menjimatkan ruang, di atasnya terdapat semangkuk yogurt dan beri, secawan kopi dan majalah.

Terbitnya cahaya matahari

Tempatkan kerusi santai BROMMÖ dan meja sisi HUSARÖ di tempat yang mendapat paling banyak cahaya matahari di rumah. Kedua-duanya mudah dialihkan dan disimpan apabila matahari terbenam untuk mendapat lebih ruang.

Lihat semua meja & kerusi
Kerusi santai kayu dengan jejaring berwarna hitam dan kusyen berwarna hijau di samping meja sisi yang di atasnya terdapat majalah, cermin mata hitam dan segelas air.
Lihat semua meja & kerusi

Mewah macam kayu

Semua faedah kayu, tanpa kesan buruk. Lantai UTLÄNGAN kelihatan dan rasa betul-betul macam kayu, tetapi lebih senang dijaga kerana ia dibuat daripada komposit kayu plastik. Ia juga rasa selesa dipijak tanpa memakai kasut.

Lihat semua lantai luar
Geladak lantai macam kayu dengan set ruang makan luar kayu, kerusi santai kayu dan meja sisi di sekitarnya.
Lihat semua lantai luar