Produk VARDAGEN direka bentuk untuk mengubah perbezaan kepada persamaan. Contohnya mangkuk telur. “Kami mereka bentuknya supaya lebih menyerupai mangkuk sos kecil,” jelas Ina. “Jadi ia juga sesuai untuk budaya makan Asia, seperti mangkuk kecil untuk meletakkan pes cili dan pelbagai bahan sampingan.” Satu lagi mangkuk direka bentuk dengan saiz dan bentuk yang sesuai sebagai mangkuk nasi di Asia, tetapi ia juga boleh digunakan untuk salad sampingan atau mangkuk bijirin.
Kehidupan bagai pesta, namun pada kebanyakan hari adalah biasa-biasa sahaja. Manfaatkannya dengan menghidangkan minuman panas atau sejuk di dalam siri kaca terbaja yang ringkas, dan tak lapuk dek zaman ini.
Jenis bahan
Kaca terbaja
Penjagaan
Selamat untuk digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

Diperbuat daripada kaca terbaja untuk kekuatan dan ketahanan tambahan. Selamat untuk mesin basuh pinggan mangkuk, menjadikannya praktis untuk setiap hari.
Preutz/Wihlborg/Braasch/Karlsson
Gelas ini tidak direka bentuk untuk ditindan.
Basuh produk ini sebelum menggunakannya buat kali pertama.
Bahan dalam produk ini mungkin boleh dikitar semula. Sila semak peraturan kitar semula di komuniti anda dan sama ada terdapat kemudahan kitar semula di kawasan anda
Jenis bahan
Kaca terbaja
Penjagaan
Selamat untuk digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
- Kendalikan kaca terbaja dengan berhati-hati; jangan sekali-kali gunakan jika rosak, tercalar atau sumbing, dan elakkan perubahan suhu yang cepat yang mungkin menyebabkan kerosakan secara tiba-tiba.Elakkan kaca terbaja daripada terdedah pada perubahan suhu secara tiba-tiba, contohnya semasa minuman hangat dituang ke dalam gelas sejuk.Kaca mudah pecah; untuk memanjangkan jangka hayat kaca terbaja, pastikan permukaannya bebas daripada calar, contohnya dengan mengelakkan penyental logam atau bersentuhan dengan kutleri di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

- 503.131.07
1 × VARDAGEN
Gelas- Lebar: 20 cm
- Tinggi: 10 cm
- Panjang: 28 cm
- Berat: 2.17 kg
Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Mereka Bentuk Mengikut Cita Rasa Masyarakat Seluruh Dunia
Adakah anda kadangkala memasak hidangan daripada budaya lain? JJadi anda sebahagian daripada trend antarabangsa yang dipanggil transkulturalisme. Ia pada asasnya bermaksud tabiat memasak dan makan di seluruh dunia kini lebih serupa daripada yang anda sangka. Bagaimana kami memenuhi trend ini? Kami mereka bentuk siri VARDAGEN dengan produk yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Dalam bahasa Sweden, VARDAGEN bermaksud “setiap hari”, tepat seperti cara produk ini dihasilkan untuk digunakan, tidak kira tempat tinggal anda.
“Pengguna kini mempunyai akses terhadap kepelbagaian budaya dalam masakan dan cara makan dari seluruh dunia,” jelas Ina Tidbeck Sjöblom, yang membantu menghasilkan produk ini. “Mereka ingin menikmati yang terbaik daripada setiap budaya. yang bermakna bukan hanya di Asia kita memerlukan produk untuk menikmati sushi.”
Menghasilkan produk untuk meraikan perbezaan (dan persamaan) kita
Memenuhi permintaan global terhadap ketahanan
VARDAGEN sangat sesuai untuk pasaran global — memenuhi pelbagai keperluan penjamu selera yang berbeza-beza. Satu lagi perkara yang nampaknya dipersetujui ramai orang ialah kepentingan ketahanan produk. “Kami tahu daripada kajian dan penyelidikan yang kami lakukan bahawa orang ramai tidak mahu membeli dan membuang barang sesuka hati. Mereka mahu membeli sesuatu yang tahan lama,” kata Ina. Sebab itu VARDAGEN diperbuat daripada bahan tahan lasak seperti kaca, porselin dan keluli tahan karat. Ini bermakna, seperti namanya VARDAGEN, produk ini akan terus berguna setiap hari untuk jangka masa yang panjang.






