Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu untuk pengembaraan yang kreatif

Bermain, melukis dan menulis di ruang tamu berinspirasi ini yang menggalakkan kreativiti dan pernyataan kendiri. Dengan perabot yang praktikal dan mudah dialihkan, kabinet pameran yang menyeronokkan dan banyaknya storan, ruang ini meluangkan tempat untuk anda dan anak-anak anda berehat dan berseronok.

Ruang tamu dengan dua sofa 2 tempat duduk, meja sisi beroda berwarna putih, bangku kanak-kanak, kusyen, tumbuhan berpasu.
Ruang tamu dengan dua sofa 2 tempat duduk, meja sisi beroda berwarna putih, bangku kanak-kanak, kusyen, tumbuhan berpasu.

Sofa yang meluangkan tempat untuk bermain

Perlukan lebih ruang untuk bermain? Sofa ringan ini mudah dialihkan, jadi anda boleh menyusun semula ruang tamu anda dengan mudah – memberi anda kebebasan untuk menggunakan ruang anda mengikut keinginan anda.

Lihat semua sofa
Lihat semua sofa

Meja sisi (teman sampingan) beroda

Meja sisi yang setia ini sentiasa sedia membantu anda bila-bila masa anda memerlukannya. Hebat untuk ruang serba guna, ia mempunyai roda yang memudahkannya untuk disorong ke mana saja. Ia juga mempunyai para untuk storan tambahan, memastikan permukaan meja sentiasa bersih.

Lihat semua meja sisi
Lihat semua meja sisi

Tempat untuk TV anda

Reka bentuk kabinet TV ini yang ringkas namun praktikal memudahkannya untuk dimuatkan di mana-mana ruang. Petua berguna: Gunakan kotak dan bakul untuk memastikan storan terbuka sentiasa kelihatan kemas.

Lihat semua kabinet TV
Lihat semua kabinet TV

Kabinet untuk mempamerkan dan menyimpan

Pamerkan karya agung terkini anak anda, simpan bahan seni, simpan mainan di dalam kotak – kemungkinannya adalah tidak terhad dengan kabinet pameran ini.

Lihat semua kabinet pameran
Lihat semua kabinet pameran

Tempat terletaknya benda-benda yang seronok

Reka bentuk minimalis unit rak ini menimbulkan tanggapan ruang berangin dan menyerlahkan barang-barang kegemaran anak anda. Letakkan bekalan seni di dalam kotak dan balang jernih, dan mainan kegemaran di dalam bakul yang mudah diambil untuk unit storan yang seronok dan mudah dicapai.

Lihat semua unit rak
Lihat semua unit rak