Langkau ke kandungan utama
Langkau ke senarai produk

Kabinet TV

Gunakan TV sebaiknya dengan kabinet TV yang kuat dan bergaya untuk menampungnya (atau menyerlahkannya jika TV anda berada di dinding). Kebanyakan kabinet TV ada para atau laci untuk menyimpan filem, permainan dan juga konsol. Kami ada banyak pilihan yang anda boleh pilih, Jadi, anda mudah memutuskan filem yang mahu ditonton. 

Susun dan Penapis

barangan
Bandingkan

315 produk dalam carian

Lebih banyak pilihanBRIMNES Kabinet TV 180x41x53 cm

BRIMNES Kabinet TV, hitam, 180x41x53 cm

Lebih banyak pilihanBESTĂ… Kabinet TV dengan pintu dan laci

BESTĂ… Rak TV dengan pintu dan laciBESTĂ… Kabinet TV dengan pintu dan laciBESTĂ… Kabinet TV dengan pintu dan laciBESTĂ… Kabinet TV dengan pintu dan laciBESTĂ… Kabinet TV dengan pintu dan laciBESTĂ… Rak TV dengan pintu dan laci

Lebih banyak pilihanBESTĂ… Kabinet TV 180x40x64 cm

BESTĂ… Kabinet TV, kesan kayu oak berwarna putih, 180x40x64 cmBESTĂ… Kabinet TV, kesan kayu oak berwarna putih, 180x40x38 cmBESTĂ… Kabinet TV, hitam coklat, 120x40x38 cmBESTĂ… Kabinet TV, hitam coklat, 180x40x38 cmBESTĂ… Kabinet TV, kelabu gelap, 180x40x38 cmBESTĂ… Kabinet TV, putih, 120x40x38 cm

Lebih banyak pilihanLACK Kabinet TV 160x35x36 cm

LACK Kabinet TV, hitam coklat, 160x35x36 cm

Lebih banyak pilihanLACK Kabinet TV 120x35x36 cm

LACK Kabinet TV, hitam coklat, 120x35x36 cm

Lebih banyak pilihanBRIMNES Kabinet TV 120x41x53 cm

BRIMNES Kabinet TV, hitam, 120x41x53 cm

Lebih banyak pilihanSKRUVBY Kabinet TV 156x38x60 cm

SKRUVBY Kabinet TV, putih, 156x38x60 cm

Lebih banyak pilihanHEMNES Kabinet TV 148x47x57 cm

HEMNES Kabinet TV, coklat muda, 148x47x57 cmHEMNES Kabinet TV, hitam coklat/coklat muda, 148x47x57 cm

Lebih banyak pilihanHAUGA Kabinet TV 138x36x54 cm

HAUGA Kabinet TV, putih, 138x36x54 cm
Menunjukkan 24 daripada 315

Ruang TV di rumah dapat menjadi tempat keluarga berehat bersama dengan baik pada masa lapang. Setelah penat bekerja sepanjang minggu, menonton rancangan kegemaran di TV bersama orang yang tersayang sememangnya menenangkan.  

Jadi tidak hairanlah jika anda ingin memilih kabinet TV yang terbaik untuk melengkapkan ruang tamu anda. Pilihan perabot yang tepat bukan sahaja dapat menyusun atur perkakas dan peralatan di ruang anda, malah juga dapat beri sentuhan peribadi kepada ruang itu. Wujudkan suasana selesa dan aman untuk anda beristirehat seisi keluarga dengan pilihan warna, jenis, dan reka bentuk yang sesuai.  

Padanan perabot yang baik juga dapat meningkatkan fungsi dan gaya ruang TV anda. Jadi anda perlu buat pilihan yang bijak dan teliti agar anda dapat menikmati waktu rehat di hujung minggu bersama keluarga dengan baik.  

Kepentingan Ruang TV di Rumah  

Sebuah set televisyen di rumah akan menjadi tumpuan semua orang yang ada di rumah. Di mana ada TV, di situ juga ada ibu, ayah dan anak-anak bergelak tawa sambil menghadap skrin yang memaparkan pelbagai rancangan TV dan filem untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama.  

Inilah fungsi utama ruang TV di rumah, kerana ia dapat merapatkan semua ahli keluarga pada masa lapang lebih-lebih lagi selepas minggu yang sibuk sudah berakhir. Ibu dan ayah kini dapat berehat dengan tenang setelah bekerja dengan sibuk, dan anak-anak pula bersedia untuk hujung minggu selepas bersekolah. Dengan pilihan perabot yang betul di ruang TV, seperti pemilihan kabinet TV yang baik, anda dapat menikmati kegembiraan bersama-sama orang yang tersayang dengan tenteram. Tiada lagi barang berselerak, seperti alat kawalan jauh atau majalah yang bersepah-sepah, setelah semuanya disusun atur dengan baik di kabinet TV pilihan anda.  

Ruang TV yang lengkap juga boleh dihiasi pelbagai deko dan barang hiasan, seperti tumbuhan hidup atau plastik yang dapat mencantikkan ruang. Selain itu, ruang tamu yang dilengkapi perabot penstoran TV dan media juga boleh mempamerkan barangan hiasan di rumah anda dengan baik.  

Padanan Sempurna Kabinet TV Anda  

Kabinet TV berfungsi bukan sahaja untuk menggayakan ruang tamu anda, malah ia juga diperlukan untuk ruang storan beberapa barangan penting. Dengan pilihan kabinet TV yang sesuai, anda boleh memuatkan pelbagai alatan elektronik rumah, seperti set teater rumah atau pembesar suara untuk sistem bunyi yang berkualiti. Set teater dan TV rumah juga kini datang dengan lebih daripada satu alat kawalan jauh yang perlu disimpan rapi.   

Selain kabinet TV, anda boleh lengkapkan ruang tamu anda dengan pelbagai jenis perabot dan barangan rumah. Untuk menyempurnakan ruang TV anda, muatkan perabot yang boleh menaikkan gaya ruang serta berfungsi sebagai tempat storan untuk barangan keperluan anda semasa menonton TV. Pilih meja kopi atau meja sisi yang boleh menjadi tempat letak sementara barangan yang anda perlu capai ketika menonton TV. Misalnya, mangkuk bertih jagung dan alat kawalan jauh yang boleh diletakkan di atas meja semasa anda sekeluarga menikmati masa bersama di ruang tamu.  

Pilihan sofa juga penting untuk memberi keselesaan yang cukup untuk semua ahli keluarga anda. Sofa fabrik dengan chaise lounge mungkin sahaja sesuai jika anda mahu ruang yang cukup buat keluarga serta tempat yang selesa untuk merehatkan kaki anda setelah seharian bekerja. Mahu terus tidur di ruang tamu setelah menonton siri kegemaran anda sepanjang malam? Kami ada rangkaian katil sofa yang dapat melengkapkan ruang TV idaman anda.  

Dapatkan koleksi kabinet TV yang berkualiti dan terbaik di IKEA sekarang. Kunjungi gedung dan bilik pameran kami untuk inspirasi atau beli-belah sahaja secara atas talian.