Langkau ke kandungan utama

Jadikan makan malam keluarga anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan

Apabila kita berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan pada masa cuti, hampir selalunya di sekitar meja. Malah ruang kecil pun dapat digunakan untuk menganjurkan jamuan meriah yang mewah – terutamanya apabila anda memuatkan beberapa kerusi lagi dan mengubah saidbod anda menjadi ruang hidang tambahan yang berguna. Beginilah caranya!

Tiga orang berkumpul di sekitar meja INGATORP berbentuk bulat yang dihias dengan bunga hidup untuk menikmati masakan masa cuti bersama-sama.
Tiga orang berkumpul di sekitar meja INGATORP berbentuk bulat yang dihias dengan bunga hidup untuk menikmati masakan masa cuti bersama-sama.

Kemesraan di sekitar meja

Meja bulat mewujudkan rasa kekeluargaan semasa apa jua jamuan meriah kerana bentuknya membuatkan semua orang menghadap satu sama lain dan tiada sesiapa pun berasa tidak diendahkan duduk di hujung meja. Meja ini juga mudah dibersihkan – yang betul-betul membantu semasa mengemas, percayalah.

Lihat semua meja makan
Meja INGATORP bulat berwarna hitam disediakan untuk jamuan meriah. Lampu pendan SVARTNORA tergantung di atas meja dan bintang di belakangnya.
Lihat semua meja makan

Set makan malam untuk meninggalkan tanggapan yang kekal

Warna putih memang elok, tetapi warna yang lebih ketara adalah lebih baik – tindihkan pinggan berwarna kontras untuk jenis hidangan anda yang berbeza untuk menjadikannya bertambah menarik (dan membuatkan semua orang berasa teruja untuk menanti hidangan seterusnya!).

Lihat semua set makan malam
Ruang hidang ala tradisional dengan pinggan UPPLAGA berwarna putih di tengah-tengah bertindih pinggan berwarna biru.
Lihat semua set makan malam

Juadah lazat untuk dirasa

Memiliki perkakas hidangan yang indah, tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk diletakkan ke dalamnya? Kami ada rangkaian menyeluruh makanan masa cuti yang akan memberi anda merasai cara kami meraikannya di Sweden.

Lihat semua makanan masa cuti
Perkakas hidangan, balang dan mangkuk yang berisi pelbagai jenis makanan terletak di atas saidbod HAUGA berwarna kelabu yang berfungsi sebagai bufet layan diri.
Lihat semua makanan masa cuti

Keseronokan menghidang dengan penuh gaya

Menghidang ialah separuh daripada keseronokan – dan lebih-lebih lagi dengan bekas hidangan INBRINGANDE ini. Gunakannya untuk menyediakan meja parti atau bawanya ke serata tempat untuk menghidangkan juadah lazat seperti kanape atau pastri kepada tetamu.

Lihat semua kelengkapan hidangan masa cuti
Bekas hidangan INBRINGANDE berwarna hitam berisi penuh dengan gula-gula, juadah dan biskut halia masa cuti, di sebelah beberapa mangkuk dan balang.
Lihat semua kelengkapan hidangan masa cuti

Jangan bazirkan lebihan makanan

Terlalu banyak makanan untuk dihabiskan? Bekas ini mengekalkan kesegarannya untuk hidangan seterusnya! Sebagai pilihan, berikannya kepada tetamu anda untuk dibawa pulang jika anda tidak sangat gemar untuk makan lebihan makanan sehingga bulan Januari yang akan datang.

Lihat semua storan & pengaturan makanan
Dua bekas kaca berbentuk segi empat tepat yang bertindih dengan penutup buluh menyimpan makanan di dalamnya, di sebelah mangkuk, pinggan dan balang.
Lihat semua storan & pengaturan makanan