Langkau ke kandungan utama

Mari menaburinya bersama-sama!

Meluangkan masa bersama-sama di dapur ialah cara yang hebat untuk mengeratkan hubungan – dan apakah yang lebih meriah daripada membuat juadah lazat untuk semua orang menikmatinya? Di sini ada beberapa petua mudah untuk membantu menyatukan anda sekeluarga dan memasak juadah buatan sendiri yang akan menyamankan anda walaupun dalam cuaca musim sejuk yang paling teruk pun.

Pengayak menambah sentuhan terakhir yang sempurna

Siapalah tahu bahawa ia semudah ini untuk mewujudkan sedikit keseronokan tambahan? Pengayak tepung IDEALISK ialah tambahan kecil di almari dapur anda, tetapi memudahkannya lagi untuk menghias kek, roti telur goreng atau rumah biskut halia dengan gula aising. Selain mengayak tepung.

Lihat semua aksesori membuat kuih
Seorang kanak-kanak perempuan menggunakan pengayak tepung IDEALISK untuk menabur gula seperti ribut salji di atas rumah biskut halia beraising.
Lihat semua aksesori membuat kuih

Bangku tangga untuk ketinggian yang betul-betul sesuai

Ada kalanya kita semua memerlukan sedikit bantuan, sama ada sokongan tangan – atau kaki. Bangku tangga BEKVÄM ini membolehkan ahli keluarga anda yang lebih kecil mencecah permukaan dapur dan menyertai keseronokan dengan cara yang selamat dan kukuh, tidak perlu lagi kerusi yang bergoyang-goyang.

Lihat semua bangku tangga & tangga tapak
Dua kaki dilitupi tepung berdiri di atas bangku tangga BEKVÄM di dapur ala tradisional dengan lantai kayu.
Lihat semua bangku tangga & tangga tapak

Canai doh dan bakar

Apabila kelengkapan sudah diurus, anda hanya memerlukan resipi yang betul – dan doh biskut halia pracampur kami menjadikannya lebih mudah sekarang ini untuk membuat juadah manis. Hanya canainya hingga leper, potong mengikut bentuk kegemaran anda, kemudian tunggu dapur anda dipenuhi dengan bau halia, kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Lihat semua memasak & membuat kuih masa cuti
Doh biskut halia VINTERSAGA dicanai di atas meja, dengan pemotong pastri VINTER 2020 digunakan untuk memotongnya mengikut bentuk haiwan.
Lihat semua memasak & membuat kuih masa cuti