Langkau ke kandungan utama

Berkongsi ruang yang kecil dengan teman sebilik

Rumah yang dikongsi boleh mempunyai cabarannya, tetapi dengan sedikit kreativiti, kod warna, fungsi boleh dipanjangkan dan penyelesaian pintar lain, satu bilik boleh digunakan dengan baik untuk tiga orang. Atau malahan lebih daripada itu, apabila ada rakan anda yang datang berkunjung.

Ruang yang cerah dengan dua orang wanita sedang menggantung gambar dan seorang lelaki di atas satu daripada tiga katil, pendan berwarna putih di atas dan ambal di atas lantai.
Ruang yang cerah dengan dua orang wanita sedang menggantung gambar dan seorang lelaki di atas satu daripada tiga katil, pendan berwarna putih di atas dan ambal di atas lantai.

Gandakan ruang katil

Seronok untuk dari masa ke masa menjadi rumah tetamu, walaupun jika ruang kehidupan anda kecil. Dengan katil boleh ditindan ia mudah untuk menggandakan jumlah ruang katil dan menjadi tuan rumah untuk bermalam yang baik.

Lihat semua katil
Seorang wanita duduk di atas dua katil buatan kayu pain UTÅKER yang ditindan sedang membaca majalah, meja sisi berwarna putih, ambal berbilang warna dan pendan.
Lihat semua katil

Kekal teratur, kekal bersahabat

Secara umumnya, storan berguna untuk segala-galanya biasanya sangat bagus untuk keharmonian, terutama sekali di laluan masuk. Para-para untuk kasut memastikan lantai tidak bersepah, serta pencangkuk dan bakul memberi anda aliran yang lebih lancar dengan barangan anda teratur.

Lihat semua unit rak
Laluan masuk dengan tiga kotak kayu dicat dengan warna berbeza-beza di atas unit rak KOLBJÖRN berwarna kuning air dengan kasut di dalamnya.
Lihat semua unit rak

Langsir untuk privasi

Seronok untuk ada teman, tetapi anda juga mungkin memerlukan masa bersendirian. Hanya tarik langsir dan anda akan mendapat semua ruang untuk diri anda sendiri. Ia juga cara yang menenangkan untuk mendapatkan ruang anda sendiri di katil sebelum waktu tidur.

Lihat semua langsir
Seorang wanita dengan komputer di atas katil dengan linen katil berwarna kelabu cerah, dengan langsir penghalang cahaya BENGTA berwarna biru di kaki katil.
Lihat semua langsir

Ambal untuk kelembutan berganda

Apabila anda tinggal dengan ramai orang ia boleh menjadi agak bising. Ambal besar membuatkan akustik di sesebuah ruang lebih menyenangkan, dan warna, corak dan teksturnya juga boleh menambah peningkatan visual.

Lihat semua ambal
Ambal BRÖNDEN berwarna-warni dengan dua bangku buatan kayu birch di atasnya, dengan seorang sedang berdiri dan seorang lagi duduk dan storan di belakangnya.
Lihat semua ambal

Memperkenalkan kotak sisi katil

Jika anda merasakan bahawa meja sisi katil agak terlalu bersegi, cuba kotak. Ia memberi anda storan yang luas, mudah dicapai dan rodanya membolehkan anda mengalihkannya ke tempat yang anda perlukannya.

Lihat semua kotak storan & bakul
Kotak buatan kayu pain KNAGGLIG separa berwarna beroda di atas ambal berwarna-warni di katil dengan linen katil berwarna hijau yang terdapat seorang lelaki sedang tidur.
Lihat semua kotak storan & bakul

Bantal terbaik ialah bantal anda

Apabila bercakap tentang tidur, bantal yang anda telah cuba dan uji mungkin rakan terbaik anda. Jadi, jika anda hendak pergi ke mana-mana, bawanya bersama-sama anda untuk malam yang tenang dengan rasa seperti di rumah.

Lihat semua bantal
Seorang lelaki meletakkan sarung bantai berwarna putih pada bantal dengan pelindung bantal LUDDROS, dengan tumbuhan, langsir dan pendan di belakangnya.
Lihat semua bantal

Warna yang sesuai menyiapkan katil

Apabila anda menggandakan ruang katil, anda juga perlu menggandakan peralatan tempat tidur. Dengan linen katil dalam warna berbeza-beza untuk setiap teman sebilik ia mudah untuk mengelakkan kekeliruan dalam kain cucian.

Lihat semua peralatan tempat tidur
Seorang lelaki dan wanita di atas dua katil dengan linen katil BERGPALM berwarna hijau dan SPJUTVIAL berwarna kelabu cerah/campuran, dengan langsir berwarna biru firus.
Lihat semua peralatan tempat tidur

Mensistemkan dengan sedikit warna

Sedikit warna pada perabot kayu anda yang tidak dirawat membantu anda membahagikan barangan tanpa pembahagi sebenar. Jika anda menjadikannya tema di seluruh ruang anda yang dikongsi, ia mudah untuk menentukan apa dan milik siapa.

Lihat semua almari berlaci
Tiga almari berlaci RAST buatan kayu pain dengan laci bawah dicat dengan warna berbeza-beza, di sebelah seorang wanita yang sedang berbaring di atas katil.
Lihat semua almari berlaci