Langkau ke kandungan utama

Menjadikan rumah anda lebih selesa lagi dengan langsir dan bidai

Mudah untuk menjadikan rumah anda lebih selesa dengan langsir dan bidai. Anda boleh menambahkan penampilan dan suasana di suatu ruang, menghalang cahaya luar untuk tidur malam yang lebih baik, tetap berasa lebih nyaman pada musim panas… dan banyak lagi.

Dua chaise longue KIVIK terletak dekat dengan tingkap besar yang mempunyai berlapis-lapis langsir yang berbeza termasuk langsir penghalang cahaya HILLEBORG.
Dua chaise longue KIVIK terletak dekat dengan tingkap besar yang mempunyai berlapis-lapis langsir yang berbeza termasuk langsir penghalang cahaya HILLEBORG.

Menjadikan rumah anda lebih menggambarkan diri anda

Dengan langsir dan bidai, anda boleh melembutkan suasana menggunakan fabrik yang panjangnya hingga mencecah lantai, menjadikan suatu ruang rasa nyaman pada waktu malam musim sejuk dan mewujudkan penampilan yang lebih peribadi di rumah anda – walaupun di luar rumah. Rangkaian produk IKEA mempunyai pelbagai gaya, jenis, bahan dan banyak lagi untuk membantu anda memenuhi keinginan anda.

Lihat semua langsir & bidai
Langsir MOALINA berwarna hijau tergantung di tingkap di ruang tamu di belakang sofa dengan kusyen tambahan berwarna-warni dan meja kecil.
Lihat semua langsir & bidai

Satu lapis – penyelesaian termudah

Walaupun dengan hanya satu langsir atau bidai, anda masih boleh mendapat penampilan yang anda sukai dan juga faedah yang praktikal seperti privasi. Petua yang baik di dalam bilik kecil ialah memilih bidai dan bukan langsir yang panjang. Bidai menjadikan dinding anda kelihatan kurang berserabut berbanding dengan langsir yang tergantung hingga mencecah lantai.

Lihat semua bidai
Bilik tidur yang mempunyai dua bidai bergulung penghalang cahaya FYRTUR yang diturunkan separuh di dua tingkap di atas beberapa almari berlaci.
Lihat semua bidai

Lebih banyak lapis, lebih banyak kemungkinan

Dengan langsir nipis dan satu lagi yang lebih tebal, anda mempunyai penyelesaian yang praktikal 24 jam sehari. Langsir nipis melindungi daripada terlalu banyak sinaran matahari dan memberi anda privasi sementara masih membolehkan anda menikmati pemandangan dan kekal terhubung dengan dunia luar. Langsir yang lebih tebal memberi anda privasi dan kenyamanan pada waktu malam dan membantu anda menentukan gayanya. Menambah lebih banyak lapis memberi anda lebih banyak kemungkinan untuk mengawal cahaya siang dan penampilan tingkap anda.

Lihat semua langsir
Langsir jaring LILL berwarna putih bergerak-gerak ditiup angin dari tingkap yang terbuka di dalam bilik tidur pada hari yang cerah, hampir menyentuh katil.
Lihat semua langsir

Halang cahaya untuk tidur dengan nyenyak

Tidur penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, dan bangun daripada tidur terasa segar ialah cara yang hebat untuk memulakan hari anda. Langsir atau bidai penghalang cahaya menghalang kemasukan cahaya, jadi anda tidak diganggu oleh lampu jalan atau cahaya bulan dan boleh bangun lambat walaupun pada pagi yang cerah.

Lihat semua langsir penghalang cahaya
Bilik tidur yang mempunyai langsir penghalang cahaya MAJGULL berwarna firus gelap dan langsir jaring di tingkap yang besar bertentangan dengan katil dan bangku panjang.
Lihat semua langsir penghalang cahaya

Inginkan rumah yang lebih senyap?

Banyak benda seperti langsir, ambal, kusyen, katil dan perabot lain menyerap bunyi. Kesannya meningkat apabila benda-benda itu tersebar di seluruh bilik. Langsir mengurangkan bunyi dengan lebih baik apabila ia mempunyai lipatan. Elok juga jika anda menggantungkannya sekurang-kurangnya 9 cm dari dinding. Langsir yang lebih tebal dan lebih banyak lapis juga dapat membantu.

Lihat semua tekstil
Langsir SANELA yang panjang tergantung hingga mencecah lantai di tepi tingkap dan kemudiannya menganjur ke dalam bilik untuk membahagikan ruang itu.
Lihat semua tekstil

Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk

Langsir dan bidai dapat membantu rumah anda kekal pada suhu yang menyamankan. Langsir yang lebih tebal menghalang kemasukan angin yang sejuk dan sinaran matahari yang panas. Memiliki beberapa lapis yang berbeza di tingkap anda juga akan membantu menebat rumah anda daripada kesejukan musim sejuk dan kepanasan musim panas. Selain itu, bidai berongga mempunyai struktur sarang lebah yang menahan udara di dalamnya. Udara ialah penebat semula jadi dan juga percuma sepenuhnya!

Lihat semua bidai berlisu & berongga
Meja kecil terletak di hadapan tingkap dengan tumbuhan di dalam pasu dan bidai berongga HOPPVALS yang diturunkan separuh.
Lihat semua bidai berlisu & berongga

Dua cara untuk terselaras

Teringin memiliki penampilan terselaras? Di sini ada beberapa petua. Di sebelah kiri, langsirnya berwarna neutral, jadi ia bersepadu dengan bahagian selebihnya di ruang itu termasuk kertas hias dinding. Di sebelah kanan, langsirnya membuat penyataan yang besar, menentukan gaya yang diikuti oleh kusyen dan alas.

Kerusi berlengan BUSKBO yang dibuat daripada rotan dan meja KRAGSTA dengan tumbuh-tumbuhan di atasnya terletak di hadapan tingkap yang mempunyai langsir HANNALILL.
Sofa KIVIK dengan kusyen tambahan dan alas terletak di sebelah kusyen duduk STOCKHOLM 2017 di hadapan beberapa langsir ELDTORN.

Lebih selamat tanpa kord

Kord terdedah yang terjuntai di tingkap boleh membahayakan kanak-kanak. Jadi, langsir dan bidai IKEA tidak mempunyainya. Walau bagaimanapun, ia masih mudah digunakan. Sebagai contoh, bidai kami mempunyai gelung penyangkut plastik yang anda boleh tarik.