Langkau ke kandungan utama

Membuat bilik tidur anda rasa nyaman dan selesa

Kenapa tak mengubah bilik tidur anda menjadi tempat bersantai yang melindungi anda daripada kesejukan? Suatu tempat yang anda boleh bermimpi, bersantai, bersedia untuk menghadapi hari baharu atau merenungkan kejadian yang baru berlaku. Berasa selesa dan tenang juga merupakan langkah besar ke arah mendapat tidur malam yang nyenyak.

Dasar lampu kerja ARÖD, cawan dan buku dengan sepasang cermin mata di atasnya terletak di atas meja sisi katil.
Dasar lampu kerja ARÖD, cawan dan buku dengan sepasang cermin mata di atasnya terletak di atas meja sisi katil.

Inginkan kesan berlapis?

Mula-mula sekali katil. Lapisan boleh memberikannya daya tarikan keselesaan dengan serta-merta. Malah anda boleh cuba menjadi terlalu ghairah dan menambah alas katil, alas dan kusyen – terlalu banyak tidak mencukupi.

Lihat semua kelengkapan tidur
Katil yang mempunyai linen katil berwarna kuning, biru dan corak berbunga-bunga dan alas berwarna biru yang dilipat terletak di atas ambal di tepi dinding dengan corak berbunga-bunga berwarna gelap.
Lihat semua kelengkapan tidur

Sentuhan lembut untuk jari-jari kaki anda

Tiada apa-apa pun yang rasa lebih selesa daripada memijak ambal gebu yang tebal semasa bangun pagi, terutamanya pada hari-hari yang sejuk. Ambal yang lembut juga membantu menjadikan bilik kelihatan dan rasa lebih nyaman dan selesa.

Lihat semua ambal
Katil yang mempunyai linen katil berwarna putih, di samping kusyen berwarna kuning dan hijau gelap. Lampu dinding berwarna putih terletak di atas dan unit laci di sisi.
Lihat semua ambal

Mewujudkan suasana menggunakan tekstil

Anda boleh merasai banyak keseronokan menggunakan tekstil di dalam bilik tidur anda. Kenapa tak mewujudkan kesan kokun di sekitar katil anda? Atau gantung fabrik yang berbeza pada dinding anda untuk menambah sentuhan emosi di ruang anda?

Lihat semua fabrik
Bahagian katil dengan linen berwarna biru gelap. Di sebelahnya terdapat bangku di atas ambal yang digunakan sebagai meja sisi katil, menampung buku dan gelas.
Lihat semua fabrik

Duvet yang sesuai dengan anda

Mengerekot di bawah duvet yang selesa memberikan kenyamanan serta-merta dalam bulan-bulan yang lebih sejuk. Rangkaian duvet IKEA mempunyai banyak pilihan untuk membantu anda mendapatkan duvet yang sesuai dengan musim dan tubuh anda, sama ada keadaan di luar sejuk atau panas.

Lihat semua duvet
Tindanan kelengkapan tidur yang dilipat terletak di atas katil yang belum dikemas, di tepi tingkap dengan cawan teh dan lantera di ambang tingkap.
Lihat semua duvet

Perjumpaan keluarga

Apabila keadaan sejuk, tiada tempat yang lebih baik daripada bilik tidur anda untuk keluarga berkumpul, kan? Gabungkan kemesraan berada di samping keluarga anda dengan keselesaan kusyen, duvet dan bantal semua orang untuk mewujudkan satu tempat yang besar untuk bermalam. Namun anda mungkin perlu berhati-hati agar tiada seorang pun bergolek terlalu jauh dan jatuh dari katil.

Lihat semua linen katil
Katil dengan storan NORDLI, dengan linen katil SÅNGLÄRKA yang berjalur-jalur di satu bahagian dan BERGPALM berwarna hijau di bahagian lain.
Lihat semua linen katil

Langsir untuk mengekalkan kenyamanan

Langsir penghalang cahaya memang hebat untuk menghalang kemasukan cahaya yang tidak diingini. Ia juga ada banyak manfaat berguna yang lain. Kemasan padunya bermakna ia mempunyai cara menjadikan bilik kelihatan selesa dan rasa lebih nyaman kerana ia juga dapat mengekalkan haba di dalam.

Lihat semua langsir
Katil dengan linen katil berwarna kelabu, meja sisi katil berwarna putih dengan lampu meja berwarna kelabu dan lampu lantai berwarna putih, di tepi langsir berwarna kelabu.
Lihat semua langsir