Langkau ke kandungan utama

Cara mengatur dan mengindahkan ruang dalam almari pakaian PAX anda

Dengan penyusun atur dalaman PAX, anda boleh menjadikan ruang dalam almari pakaian PAX anda teratur dan indah. Hanya gabung padan pilihan yang tersedia agar sesuai dengan apa jua jenis pakaian, kasut dan aksesori yang anda ada.

Kombinasi penjuru almari pakaian PAX berwarna putih bersandar pada dinding berwarna coklat mengandungi laci, kotak, rak kasut dan pakaian gantung.
Kombinasi penjuru almari pakaian PAX berwarna putih bersandar pada dinding berwarna coklat mengandungi laci, kotak, rak kasut dan pakaian gantung.

Gantungkannya atau lipatnya

Untuk kemeja dan gaun atau jaket dan kot, anda boleh menambah rel pakaian KOMPLEMENT – terdapat juga penyangkut seluar tarik keluar KOMPLEMENT. Untuk memastikan pakaian yang telah dilipat sentiasa kemas, kemungkinannya termasuk laci, para tetap atau gelangsar dan bakul jaring tarik keluar. Cara anda menggabungkan pilihan-pilihan yang berbeza ini adalah bergantung pada benda-benda yang anda perlu simpan dan cita rasa peribadi anda.

Lihat semua penyusun atur dalaman PAX
Pakaian dan aksesori di dalam kombinasi almari pakaian PAX berwarna putih, diterangi oleh lampu kabinet LED URSHULT dan jalur lampu LED.
Lihat semua penyusun atur dalaman PAX

Tempat istimewa untuk kasut anda

Para kasut KOMPLEMENT dicondongkan supaya kasut anda berdekatan dan juga dipamerkan dengan indah. Daripada menggunakan para – atau bergantung pada kesukaan anda – anda boleh memilih dulang tarik keluar dengan sisipan kasut KOMPLEMENT. Pilihan storan kasut ini boleh menjadi sangat berguna apabila almari pakaian PAX anda terletak di tepi pintu depan anda.

Lihat semua penyusun atur dalaman PAX
Dari almari pakaian PAX, terjulur dulang tarik keluar dengan sisipan kasut KOMPLEMENT berwarna putih dan empat pasang kasut beraneka warna.
Lihat semua penyusun atur dalaman PAX

Mengurus benda-benda kecil

Daripada terlupa tempat anda meletakkan tali pinggang, tali leher, jam tangan, cermin mata hitam dan barang kemas anda – ataupun kunci dan dompet anda – kenapa tak mempertimbangkan dulang tarik keluar dengan sisipan atau pembahagi KOMPLEMENT. Semua aksesori anda boleh memiliki petak masing-masing yang mudah diambil, dibuat daripada kain felt lembut supaya item-item anda tidak tergelongsor.

Lihat semua penyusun atur dalaman PAX
Dua tali pinggang, enam jam tangan dan beberapa pasang subang di atas dulang tarik keluar dengan sisipan KOMPLEMENT berwarna putih.
Lihat semua penyusun atur dalaman PAX

Untuk memastikan kotak pakaian anda sentiasa segar

Sangat sesuai untuk stoking, pakaian dalam, sapu tangan, sarung tangan, skarf dan yang seumpamanya, anda dapat menjimatkan masa untuk mengemas laci dan para dengan kotak KOMPLEMENT yang dibuat daripada kain felt lembut. Tersedia dalam beberapa saiz yang berbeza-beza, ia direka bentuk agar betul-betul sesuai dengan penyusun atur dalaman PAX anda. Sudah tentu, anda juga boleh memilih pelbagai jenis kotak storan pakaian – sama ada terbuka atau tertutup – dalam rangkaian IKEA yang lain.

Lihat semua kotak pakaian
Pelbagai aksesori pakaian di dalam kotak KOMPLEMENT berwarna kelabu di dalam dan di atas para di atas laci KOMPLEMENT berwarna putih yang dibuka.
Lihat semua kotak pakaian