Langkau ke kandungan utama

Bawa masuk sedikit alam semula jadi ke dalam bilik tidur anda

Beberapa perkara seperti kesegaran kehijauan akan menghidupkan suasana di dalam bilik tidur. Tumbuh-tumbuhan di dalam bilik tidur – hidup dan tiruan – dengan linen katil yang sepadan dan perincian seperti barang-barang kaca yang berbunga-bunga dan hiasan lain merupakan cara yang hebat untuk menceriakan suasana.

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan berpasu, hidup dan tiruan, terletak dalam kalangan buku dan hiasan pada para di tepi katil dengan linen katil BERGPALM.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan berpasu, hidup dan tiruan, terletak dalam kalangan buku dan hiasan pada para di tepi katil dengan linen katil BERGPALM.

Menggunakan warna hijau sebagai latar

Warna dan corak linen katil anda menentukan suasana seluruh bilik. Jalur-jalur kecil berwarna hijau lembut bersesuaian dengan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya untuk mewujudkan suasana kembali ke alam semula jadi yang menenangkan dan harmoni.

Lihat semua linen katil
Katil yang mempunyai linen katil BERGPALM berjalur-jalur hijau. Rak buku BILLY berwarna putih di sepanjang hujung kepalanya penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Lihat semua linen katil

Hias secara berlapis

Cangkuk di atas para memberi anda lebih banyak pilihan untuk menghias. Dengan melapiskan item-item gantung dan dirian serta tumbuh-tumbuhan, anda dapat mewujudkan penampilan yang ceria dengan lebih sedikit kedalaman. Kenapa tak bingkaikan bunga kering dengan tumbuh-tumbuhan anda?

Lihat semua bingkai gambar & foto
Rak buku BILLY berwarna putih dengan buku dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Bingkai SANNAHED berwarna putih tergantung pada sebaris rak kayu oak HÖVOLM yang terletak di atasnya.
Lihat semua bingkai gambar & foto

Menyerah kepada sifat sebenar anda

Walaupun anda tidak bertangan dingin, anda masih dapat mengelilingi diri anda dengan kesegaran malar hijau. Tumbuh-tumbuhan tiruan mungkin bukanlah sesuatu yang asli, tetapi kegembiraan yang ia sebarkan ke seluruh rumah anda adalah sebenar.

Lihat semua pokok & bunga
Sebahagian daripada rak buku BILLY berwarna putih yang penuh dengan berbagai-bagai buku dan tumbuhan tiruan FEJKA di dalam pelbagai pasu pokok.
Lihat semua pokok & bunga

Sudut yang sihat untuk berasa sihat

Sudut minuman membantu anda ingat untuk minum air yang secukupnya pada siang hari dan boleh menjadi wahah hiasan – terutamanya jika anda mengamalkan tema berwarna hijau yang sama dengan bahagian-bahagian lain di ruang itu.

Lihat semua barang-barang kaca & jag
Tingkap yang dibingkaikan oleh tumbuh-tumbuhan, set hiasan SJÄLSLIGT berwarna hijau, di samping balang berpaip VARDAGEN dan gelas STILENLIG di atas meja dulang.
Lihat semua barang-barang kaca & jag

Bahagian dalam rumah yang hebat

Menempatkan ruang kerja rumah anda di tepi tingkap ialah cara yang baik untuk memperoleh tenaga daripada sumber semula jadi dan cahaya dari luar semasa anda bekerja. Tumbuh-tumbuhan di ambang tingkap juga membawa masuk sedikit alam bebas ke dalam rumah.

Lihat semua meja untuk rumah
Meja kayu ash LISABO dan kerusi kayu birch RÖNNINGE terletak di tepi tingkap. Tumbuh-tumbuhan di ambang tingkap, unit laci HELMER berwarna putih terletak berdekatan.
Lihat semua meja untuk rumah

Mengerekot di bawah kanopi

Dalam kalangan kanak-kanak, siapalah yang tidak mahu kanopi berwarna hijau terang yang menyeronokkan yang mengubah katil mereka menjadi ruang ceria yang sesuai? Kusyen, mainan lembut kegemaran dan lampu malam membantu menjadikannya lebih nyaman lagi.

Lihat semua aksesori katil & kanopi kanak-kanak
Penjuru bilik kanak-kanak dengan katil SNIGLAR, para dinding yang mempunyai buku dan kanopi katil LÖVA berwarna hijau berbentuk daun yang besar terletak di atas.
Lihat semua aksesori katil & kanopi kanak-kanak