Langkau ke kandungan utama

Bilik tidur remaja gaya bohemian tropika yang mengkhayalkan

Bilik tidur yang membahagiakan dengan gaya bohemian tropika ini rasa seperti dunianya yang tersendiri. Reka bentuk ruang itu yang tenang menjemput anda untuk berehat, memulihkan tenaga dan menjadi kreatif. Ia menimbulkan perasaan berada dekat dengan alam semula jadi dengan bahan semula jadi seperti buluh dan rotan, serta mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa dengan tekstil berlapis dan tumbuh-tumbuhan gantung.

Katil boleh tindan UTÅKER terletak di penjuru bilik tidur gaya bohemian dengan banyak tekstil berwarna kuning air dan ambal pada dinding.
Katil boleh tindan UTÅKER terletak di penjuru bilik tidur gaya bohemian dengan banyak tekstil berwarna kuning air dan ambal pada dinding.

Katil selesa yang sentiasa sedia untuk tetamu yang bermalam

Katil boleh tindan ini hebat untuk bilik kecil kerana ia boleh ditindankan dengan mudah menjadi katil bujang untuk menjimatkan ruang, dan dijadikan katil kelamin apabila rakan-rakan datang berkunjung. Dibuat daripada kayu pain padu, reka bentuk dan warnanya menekankan wajah gaya bohemian tropika ruang itu.

Lihat semua katil
Katil boleh tindan UTÅKER dengan banyak kusyen di atasnya, unit rak dan langsir nipis di dalam bilik tidur gaya bohemian yang selesa.
Dua orang remaja sedang duduk di atas katil boleh tindan UTÅKER, yang dijadikan katil kelamin, di dalam bilik tidur gaya bohemian yang selesa.
Lihat semua katil

Wujudkan suasana boho dengan tumbuh-tumbuhan, bahan semula jadi dan tekstil berlapis

Tumbuh-tumbuhan gantung merupakan permulaan yang hebat untuk memiliki gaya boho tropika anda. Kami juga menggantungkan ambal bulu biri-biri bercorak organik sebagai dewangga dinding untuk menambahkan tekstur pada dinding dan kehangatan pada ruang itu. Bakul anyaman, kusyen gaya bohemian dengan corak bertekstur dan lampu buluh benar-benar menyerlahkan gaya itu.

Lihat semua lampu siling
Sudut bilik tidur gaya bohemian yang mempunyai cermin rotan pada dinding, unit rak terbuka EKENABBEN dan tumbuhan gantung.
Sudut bilik tidur gaya bohemian yang mempunyai ambal BANKKONTOR pada dinding, lampu pendan buluh dan kusyen.
Lihat semua lampu siling

Langsir DIY yang dibuat daripada napkin

Percayakah anda bahawa tekstil gantung yang indah ini dibuat daripada napkin? Kami menggunakan beberapa helai – dalam dua warna yang berbeza – dan hanya menjahitnya bersama-sama. Hasilnya? Langsir seperti kuilt yang indah yang bermain-main dengan cahaya, dan kelihatan hebat apabila berlapis dengan langsir lain. Ia juga merupakan cara yang hebat untuk menggunakan tuala pengesat lama bagi tujuan lain.

Bilik tidur gaya bohemian yang mempunyai katil boleh tindan, meja storan dan tekstil gantung yang dibuat daripada napkin berjahit di tepi tingkap.

Bawa masuk alam semula jadi dengan kayu, rotan dan buluh

Bilik ini menampilkan palet warna neutral kuning air dan putih, serta banyak bahan semula jadi yang menjadikannya kelihatan hangat sambil menekankan gaya. Lampu dan bakul buluh, cermin rotan dan katil kayu pain mewujudkan suasana berada dekat dengan alam semula jadi yang organik di ruang itu.

Lihat semua storan & pengaturan
Sudut bilik tidur yang mempunyai dua unit rak terbuka EKENABBEN dengan barang-barang gaya bohemian, bakul dan tumbuhan gantung.
Meja storan KVISTBRO dengan lampu dan fon kepala di atasnya terletak di sebelah katil boleh tindan di dalam bilik tidur gaya bohemian.
Lihat semua storan & pengaturan

Sudut selesa yang menyediakan ruang untuk kreativiti

Kawasan belajar/hobi ini dikelilingi dengan gabus, mewujudkan rasa dibedung dan hebat untuk menyematkan kerja seni, imej dan nota yang memberikan inspirasi. Inspirasi menjadi sebahagian daripada hiasan. Tidak ada hadnya (atau mungkin sehingga ke aras siling) untuk kreativiti dan idea!

Lihat semua meja untuk rumah
Dua orang remaja berada di sudut belajar/hobi yang selesa dengan kerusi pusing berwarna kuning air serta kerja seni dan gambar disematkan pada dinding gabus.
Sepasang tangan sedang memegang bahan seni di atas meja yang mempunyai kertas dan pensel warna di atasnya, di sebelah kerusi pusing berwarna kuning air.
Lihat semua meja untuk rumah

Storan pakaian dijadikan mudah (dan kemas)

Sembunyikan pakaian anda dengan langsir yang juga menjadikannya lebih bergaya. Petua berguna daripada salah seorang pereka hiasan dalaman kami: rod tirai bilik mandi BOTAREN ialah penyelesaian tanpa penggerudian yang hebat untuk menggantung langsir. Berserta penyangkut pintu, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya bahagian belakang pintu anda dengan menggunakannya untuk storan juga.

Lihat sistem PAX
Almari pakaian PAX dengan pakaian terletak di dalam bilik tidur, dengan langsir yang digantungkan pada rod tirai bilik mandi menutupi sebahagiannya.
Seorang sedang berjalan keluar dari bilik tidur melalui pintu berwarna putih yang mempunyai penyangkut untuk pintu BÄRFIS dengan beg dan pakaian tergantung padanya.
Lihat sistem PAX

Pulau milik sendiri

Wujudkan wajah gaya bohemian tropika dengan bahan semula jadi seperti rotan, buluh dan kayu serta palet warna cerah kuning air dan putih. Tambah tumbuh-tumbuhan gantung, tekstil berlapis dan dinding yang ditutupi gabus untuk ruang orang yang berjiwa bebas yang direka bentuk untuk berehat, memulihkan tenaga dan menjadi kreatif.

Lihat semua kelengkapan tidur
Bilik tidur gaya bohemian yang selesa yang mempunyai katil boleh tindan UTÅKER dengan kusyen di atasnya, meja storan dan ambal tergantung pada dinding.
Lihat semua kelengkapan tidur

Lihat lebih banyak bilik tidur yang memberikan inspirasi