Langkau ke kandungan utama

Bilik tidur anda yang kecil, tenang dan teratur

Nampaknya macam permintaan yang besar, tetapi penggunaan perabot storan, warna dan tekstil dengan bijak dapat membantu anda mewujudkan tempat tidur yang nyaman dan selesa dengan ruang untuk menyimpan semua barang anda (dan juga ruang kerja yang kecil).

Bilik tidur berwarna neutral yang disinari cahaya matahari yang mempunyai katil KLEPPSTAD dengan linen katil berwarna cerah selain terendak lampu LERGRYN tergantung di atasnya.
Bilik tidur berwarna neutral yang disinari cahaya matahari yang mempunyai katil KLEPPSTAD dengan linen katil berwarna cerah selain terendak lampu LERGRYN tergantung di atasnya.

Pusat keselesaan

Dengan penampilannya yang ringkas dan bersih yang mudah diselaraskan dengan perabot lain selain kepala katil tekstil yang boleh dibasuh, rangka katil ini memberikan ketenangan dan keselesaan di tengah-tengah ruang anda. Lengkapi dengan tilam yang menyokong tubuh anda dengan terbaik untuk menetapkan asas bagi persekitaran tidur anda yang sempurna.

Lihat semua katil upholsteri
Bahagian atas katil KLEPPSTAD ditutupi dengan linen katil ÄNGSLILJA, dengan lampu terlekap pada dinding di atas dan sepasang selipar di lantai.
Lihat semua katil upholsteri

Dialihkan agar tidak mengganggu – sehingga diperlukannya

Barang-barang waktu malam anda tidak akan bersepah pada siang hari dengan meja sisi katil tarik keluar ini. Ia mempunyai dua para luas untuk meletakkan buku dan item-item kecil yang lain dengan kemas, serta ruang untuk menyimpan keperluan keselesaan seperti kusyen, selimut atau jubah mandi tambahan.

Lihat semua storan bawah katil
Kepala katil di sebelah dua meja storan bawah katil FREDVANG. Salah satu mempunyai gelas dan jam di atasnya dan buku di bahagian bawah.
Lihat semua storan bawah katil

Kelihatan indah dari semua segi

Cermin panjang dapat menghidupkan bilik tidur kecil anda dengan cahaya, ruang dan kedalaman, serta sentiasa sedia membantu semasa anda berhias diri. Gabungkan bidai penghalang cahaya dengan langsir nipis untuk memberi anda kombinasi privasi dan cahaya semula jadi, siang dan malam.

Lihat semua cermin besar
Cermin NISSEDAL pada dinding di sisi katil membayangkan tingkap dengan langsir berwarna kelabu muda dan bidai di sebelah storan dinding terbuka.
Lihat semua cermin besar

Disimpan dengan bergaya

Sistem storan terbuka bermodul ini membolehkan anda menggunakan ruang anda dengan cara yang bijak untuk mengawasi semua barang anda – dan mewujudkan ruang kerja. Gabungkan dengan kotak storan berwarna neutral dan dibuat daripada bahan semula jadi untuk mengekalkan suasana yang tenang, dan buat hiasan menggunakan beberapa objek pilihan untuk mempamerkan gaya anda.

Lihat sistem BOAXEL
Dinding di dalam bilik tidur yang disinari cahaya matahari yang ditutupi dengan kombinasi almari pakaian dengan permukaan meja BOAXEL/LAGKAPTEN, dengan kotak dan pakaian terletak di atasnya.
Lihat sistem BOAXEL

Udara lebih baik

Manfaatkan sepenuhnya masa anda tidur dengan menggunakan pembersih udara ini untuk meningkatkan kualiti udara di dalam bilik anda. Reka bentuknya yang kemas dan ringkas juga cukup menarik untuk membuat penyataan gaya pada dinding anda.

Lihat semua pembersih & penuras udara
Pembersih udara FÖRNUFTIG pada dinding di bawah tingkap dengan tumbuh-tumbuhan dan buku di ambang tingkap, dan kerusi meja di sebelahnya.
Lihat semua pembersih & penuras udara

Inilah cara untuk mewujudkan bilik tidur kecil yang luas yang anda sukai

Rasa berinspirasi dengan apa yang anda lihat? Inilah semua produk yang anda perlukan untuk mengubah bilik tidur kecil anda menjadi ruang yang tenang, tidak berselerak dan teratur dengan sempurna.

Lihat semua perabot
Lihat semua perabot