Langkau ke kandungan utama

Strategi Kelestarian IKEA

Kami mempunyai cita-cita yang tinggi untuk 2030.  Kami komited dalam memainkan peranan kami demi menangani perubahan iklim, penggunaan yang tidak lestari dan ketidaksamaan. Tiga bidang utama yang menjadi tumpuan kami ialah Kesihatan dan Kehidupan Lestari, Positif Kitaran dan Iklim serta Saksama & Sama rata. 


Kantung Angpau IKEA

Kantung angpau merupakan inisiatif yang direalisasikan hasil daripada perkongsian antara IKEA Malaysia dan Kloth Woman Up. Selaras dengan amalan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, kantung angpau ini dihasilkan dengan menggunakan semula langsir gulung IKEA Malaysia yang dalam keadaan baik namun tidak digunakan.

Reka bentuk pada langsir gulung telah dipilih dengan teliti dan bertemakan musim Tahun Baru Cina yang indah. Ia kemudiannya dibawa ke kilang kitar semula tekstil yang diperakui ISO yang berpangkalan di Pelabuhan Klang untuk pengisihan dan pemotongan mengikut saiz yang diperlukan. Kantung angpau itu kemudiannya dijahit oleh lebih 10 wanita Kloth Woman Up yang terdiri daripada komuniti B40 sebagai cara untuk menyara kehidupan mereka. Setiap kantung dihasilkan dengan memberi perhatian yang teliti kepada perincian dan disesuaikan dengan warna rumbai yang sepadan.

Bukan sahaja boleh digunakan semula melalui lebih daripada satu cara, kantung angpau, malah dianggap sebagai membawa tanda ucap selamat di majlis-majlis yang bermakna sehingga hayat bergunanya tamat.

Kumpul

Reka bentuk pada langsir gulung telah dipilih dengan teliti dan bertemakan musim Tahun Baru Cina yang indah.

Proses

Ia kemudiannya dibawa ke kilang kitar semula tekstil yang diperakui ISO yang berpangkalan di Pelabuhan Klang untuk pengisihan dan pemotongan mengikut saiz yang diperlukan.

Jahit

Kantung angpau itu kemudiannya dijahit oleh lebih 10 wanita Kloth Woman Up yang terdiri daripada komuniti B40 sebagai cara untuk menyara kehidupan mereka.

Hantar

Setiap kantung dihasilkan dengan memberi perhatian yang teliti kepada perincian dan disesuaikan dengan warna rumbai yang sepadan. Bukan sahaja boleh digunakan semula melalui lebih daripada satu cara, malah kantung angpau dianggap sebagai membawa tanda ucap selamat di majlis-majlis yang bermakna sehingga hayat bergunanya tamat.


Penetapan minda sisa sifar

Di IKEA, pembaziran sumber ialah sesuatu yang seboleh-bolehnya kami elakkan dan kami sentiasa mencari cara baharu untuk memanafaatkan daripada sumber yang sedikit dengan sebaik-sebaiknya. Ini terpakai pada bahan mentah, tenaga dan ruang. Dan kami juga tahu bahawa sisa boleh menjadi sumber yang bernilai. Lagipun, sisa bukan lagi sisa sekiranya ia diberikan hayat kedua. Kini kami mengadakan kerjasama dengan Kloth Care untuk mengubah semula uniform lama dan memberikannya hayat kedua. 

Kumpul

Kesemua uniform IKEA telah dikumpul oleh Life Line Clothing Malaysia.

Proses

Uniform yang terkumpul dihantar ke ATMM's ZERO Waste, kemudahan kitar semula Diperakui oleh ISO di Port Klang, tempat ia diisih dan dipotong.

Jahit

Tukang jahit di rumah di bawah The Upcycle4Better dan Woman Up terlibat dalam mengubah semula uniform lama IKEA dan memberikannya hayat baharu.

Hantar

Barangan siap akan di hantar ke gedung IKEA lain di seluruh Malaysia. Sementara itu IKEA  menerima Sijil Kesan Alam Sekitar sebagai menilai komitmen mereka terhadap pengitaran semula tekstil.


Projek Nadi Hijau: Memberikan visual paparan kami hayat kedua