Matlamatnya adalah untuk menghasilkan kerusi yang selesa dan berkualiti tinggi yang benar-benar berbaloi. Contohnya, Ulf dan rakan-rakannya memutuskan untuk memasukkannya ke dalam pek leper. “Ia memungkinkannya untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dan mengurangkan emisi semasa diangkut, jelas Ulf. Pek leper juga akan memudahkan STRANDMON dibawa pulang, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kereta yang boleh memuatkan kerusi kepak yang telah dipasang terlebih dahulu.
10 tahun jaminan
Anda boleh menenangkan diri dan bersantai kerana bahagian belakang kerusi menghasilkan sokongan tambahan untuk leher anda.
Butiran produk
Sarung DJUPARP buatan baldu, melalui teknik penenunan tradisional, menghasilkan warna cerah, pekat pada fabrik dan permukaan lembut dengan pail yang padat juga kilaun yang memantulkan cahaya.
Baldu ditenun daripada viskos dan poliester yang menjadikannya tahan lama.
Jaminan 10 tahun. Baca terma dalam risalah jaminan.
Tempat duduk yang lebih dalam dan kusyen belakang yang lembut menyediakan banyak ruang untuk anda duduk dan bersantai dengan selesa.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Baldu memantulkan cahaya melalui cara yang tersendiri, yang mungkin menjadikan warna kelihatan seolah-olah ia berubah-ubah.
Tanda tekan yang mungkin muncul pada baldu biasanya akan hilang selepas beberapa waktu. Dengan tangan anda, anda boleh mengusap dengan lembut ke arah pail atau menggunakan berus pakaian. Anda juga boleh menggunakan pembersih vakum dengan muncung lembut.
Gentian halus mungkin muncul pada baldu. Ia terjadi secara semula jadi dan lama kelamaan akan hilang dan boleh ditanggalkan dengan pengulung pakaian.
Boleh digunakan bersama bangku kaki STRANDMON untuk lebih keselesaan ketika duduk.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Rangka:
- Papan lapis, Papan partikel, Kayu padu
- Kusyen tempat duduk:
- Busa poliuretana 35 kg/meter persegi
- Kaki:
- Kayu padu, Lakuer jernih berwarna
- Fabrik:
- Poliester 62% (pengitaran semula min. 90%), 38% viskosa/rayon
Penjagaan
Tidak boleh dibasuh.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Bagi memastikan yang baldu sentiasa mengekalkan rupa dan rasanya, ia perlu dijaga secara kerapa mengikut arahan penjagaan yang disertakan dengan produk.
Kesan basah perlu dikeringkan secepat mungkin agar lembapan tidak sempat meresap.
Hilangkan habuk dengan penanggal lin.
Kesan kotor yang sedikit boleh dihilangkan menggunakan span yang dilembapkan di dalam air atau larutan sabun lembut.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
STRANDMON Kerusi kepak503.598.45Pengukuran
- Lebar: 82 cm
- Dalam: 96 cm
- Tinggi: 101 cm
- Lebar tempat duduk: 49 cm
- Dalam tempat duduk: 54 cm
- Tinggi tempat duduk: 45 cm
Bungkusan
STRANDMON
Nombor artikel503.598.45- Lebar: 74 cm
- Tinggi: 51 cm
- Panjang: 106 cm
- Berat: 30.20 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk STRANDMON

Daripada cara duduk vintaj kepada kehidupan moden
Ada kalanya berasa nostalgia juga kan? Kami juga. Itulah sebabnya kami menghasilkan kerusi kepak STRANDMON. Reka bentuknya berinspirasikan kerusi IKEA dari tahun 50-an yang dipanggil MK – kerusi kegemaran pengasas IKEA, Ingvar Kamprad. Malahan Ia juga terpapar di muka depan katalog pertama kami. Tetapi bagaimana ia boleh diperbaharui dan disesuaikan mengikut tuntutan masa kini? Nah, kami telah menemui beberapa cara…
Seperti kualitinya. Pada tahun 50-an dahulu, kebanyakan orang menggunakan kerusi hanya untuk duduk. Kini, kita mengerekot di kerusi, menyandarkan kaki di atas tempat letak tangan dan makan di tempat duduk kita. Kami meletakkan permintaan tinggi terhadap perabot kami. Pembangun produk kami Ulf Engström menerangkan apa yang perlu dihadapi oleh STRANDMON. Sebab itu kami telah menguji Strandmon bagi memastikan yang ia boleh menampung seseorang yang duduk dan bangun sekurang-kurangnya 50,000 kali. Ini bersamaan seperti duduk dan bangun sekali sehari, selama 136 tahun.
Kini kecil dan pelbagai
Sesetengah perkara yang tidak pernah berubah.
Kerusi kepak mungkin telah lama wujud, tetapi siapa tahu, ia mungkin dianggap sebagai satu kemestian di rumah orang ramai sekali lagi. “Orang ramai telah mengubah cara hidup mereka sejak tahun 50-an, tetapi keperluan untuk perabot berkualiti mampu milik masih sama. Saya rasa itulah salah satu sebab mengapa STRANDMON begitu popular,” kata Ulf. Pek rata dan harga yang lebih rendah, berserta warna dan corak baharu, pastinya akan memudahkan lebih ramai orang mencari tempat yang sesuai untuk STRANDMON di rumah mereka. Dan – sudah tentu – alami keselesaan yang sewajarnya.














