Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri STRANDMON
Lebih mampu milik

STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap

Harga RM 599
Harga sebelumnya: RM699

Pilih sarung:

Nordvalla kelabu gelap
  • STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap
  • STRANDMON Kerusi kepak, Tibbleby kuning
  • STRANDMON Kerusi kepak, Sulviken biru/kuning air
  • STRANDMON Kerusi kepak, Tommaboda coklat merah
  • STRANDMON Kerusi kepak, Tommaboda kuning air pekat

Bagaimana untuk mendapatkannya

Pelan Bayaran Ansuran 0%

Sebarkan kos hingga 6, 12 atau 24 bulan apabila anda berbelanja sebanyak RM500 keatas. Ketahui selanjutnya

STRANDMON
303.598.27

Memberi nafas baharu kepada kegemaran lama. Kerusi ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1950-an. Selepas kira-kira 60 tahun, kami membawanya semula ke dalam rangkaian dengan ketukangan, keselesaan dan rupa yang sama. Nikmatilah!

Ciri-ciri produk
  • Jaminan 10 tahun

Maklumat lanjut
STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap

Ulasan pelanggan

4.7Ulasan: 4.7 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 68Purata pengadaran
68Ulasan
4.7Ulasan: 4.7 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 68Purata pengadaran
68Ulasan

Aksesori untuk STRANDMON

Produk berkaitan

Disyorkan untuk anda

STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap

Daripada cara duduk vintaj kepada kehidupan moden

Ada kalanya berasa nostalgia juga kan? Kami juga. Itulah sebabnya kami menghasilkan kerusi kepak STRANDMON. Reka bentuknya berinspirasikan kerusi IKEA dari tahun 50-an yang dipanggil MK – kerusi kegemaran pengasas IKEA, Ingvar Kamprad. Malahan Ia juga terpapar di muka depan katalog pertama kami. Tetapi bagaimana ia boleh diperbaharui dan disesuaikan mengikut tuntutan masa kini? Nah, kami telah menemui beberapa cara…

Seperti kualitinya. Pada tahun 50-an dahulu, kebanyakan orang menggunakan kerusi hanya untuk duduk. Kini, kita mengerekot di kerusi, menyandarkan kaki di atas tempat letak tangan dan makan di tempat duduk kita. Kami meletakkan permintaan tinggi terhadap perabot kami. Pembangun produk kami Ulf Engström menerangkan apa yang perlu dihadapi oleh STRANDMON. Sebab itu kami telah menguji Strandmon bagi memastikan yang ia boleh menampung seseorang yang duduk dan bangun sekurang-kurangnya 50,000 kali. Ini bersamaan seperti duduk dan bangun sekali sehari, selama 136 tahun.

Kini kecil dan pelbagai

Matlamatnya adalah untuk menghasilkan kerusi yang selesa dan berkualiti tinggi yang benar-benar berbaloi. Contohnya, Ulf dan rakan-rakannya memutuskan untuk memasukkannya ke dalam pek leper. “Ia memungkinkannya untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dan mengurangkan emisi semasa diangkut, jelas Ulf. Pek leper juga akan memudahkan STRANDMON dibawa pulang, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kereta yang boleh memuatkan kerusi kepak yang telah dipasang terlebih dahulu.

Sesetengah perkara yang tidak pernah berubah.

Kerusi kepak mungkin telah lama wujud, tetapi siapa tahu, ia mungkin dianggap sebagai satu kemestian di rumah orang ramai sekali lagi. “Orang ramai telah mengubah cara hidup mereka sejak tahun 50-an, tetapi keperluan untuk perabot berkualiti mampu milik masih sama. Saya rasa itulah salah satu sebab mengapa STRANDMON begitu popular,” kata Ulf. Pek rata dan harga yang lebih rendah, berserta warna dan corak baharu, pastinya akan memudahkan lebih ramai orang mencari tempat yang sesuai untuk STRANDMON di rumah mereka. Dan – sudah tentu – alami keselesaan yang sewajarnya.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri STRANDMON