- Sesuai dengan IKEA Home Smart
Pembersih udara boleh ditetapkan pada mod auto, yang bermakna ia boleh mengesan zarah (PM2.5) di dalam udara dan kemudian melaraskan kelajuan kipas, jadi bolehlah anda memikirkan tentang perkara lain.
Butiran produk
Anda boleh tidur dengan pembersih udara terpasang kerana ia sangat senyap pada kelajuan kipas yang rendah. Jika bersambung pada aplikasi IKEA Home smart, anda juga boleh memadam lampu LED pada unit semasa masuk tidur.
David Wahl
Maklumat berguna
Pembersih udara dilengkapi dengan penapis zarah agar ia membersihkan udara daripada pelbagai zarah secekap mungkin. Anda juga boleh membeli penapis gas dan gunakan dua penapis ini bersama-sama.
Membersihkan udara dalam ruang sehingga 20 meter persegi, bergantung pada jenis kelajuan kipas yang ditetapkan pada pembersih udara.
Akan memerlukan masa lebih lama untuk membersihkan udara jika ruang lebih besar daripada 20 meter persegi, tetapi anda sentiasa boleh menggunakan beberapa alat pembersih udara untuk meliputi kawasan yang lebih besar.
Penapis zarah dioptimumkan untuk menapis kira-kira 99.5 % daripada zarah bawaan udara yang lebih kecil seperti zarah PM2.5, habuk dan debunga.
PM2.5 ialah zarah kecil yang boleh disedut, yang berukuran 0.1-2.5 mikrometer.
Penapis gas (dijual berasingan) membersihkan udara daripada pelbagai bahan pencemar gas seperti formaldehid, yang terdapat dalam benda seperti produk pembersihan/isi rumah serta pelbagai jenis fabrik dan bahan.
Penapis gas membantu mengurangkan bau asap, bau masakan dan bau lain yang tidak menyenangkan yang mungkin ada di rumah.
Anda boleh menetapkan pembersih udara kepada 5 kelajuan kipas yang berbeza-beza dan dengan itu boleh menyesuaikannya mengikut keperluan rumah anda atau menggunakannya secara mod automatik.
Anda boleh menyembunyikan kabel di bahagian dalam alat pembersih udara untuk mengelakkan keselerakan kabel.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Plat penutup:
- 100% poliester, Papan lapis
- Penutup/ Bahagian bawah/ Panel kawalan/ Tombol/ Rangka/ Cangkuk:
- Plastik ABS
- Kaki:
- Keluli, Salutan serbuk
Penjagaan
Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.
Selepas dibersihkan, pastikan dikesat sehingga kering dengan kain lembut.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
STARKVIND Pembersih udara305.019.63Maklumat teknikal
STARKVIND
Pembersih udara, hitam/pintar
Nombor artikel305.019.63| Saiz bilik yang disyorkan | 20 m2 (215 kaki persegi) |
| CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih) dengan penapis zarah | 55 - 270 m3/j (32 - 158 CFM) |
| CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih) dengan penapis zarah dan gas | 50 - 240 m3/j (30 - 141 CFM) |
| Watt maksimum | 33 W |
| Jenis penapis sedia ada | Penapis zarah & penapis gas |
| Jenis penapis zarah (termasuk dalam pakej) | EPA 12 (EN 1822-1, ISO 29463-3) |
| Kecekapan penapis zarah | 99.5% |
Pengukuran
- Panjang kord: 1.50 m
- Tinggi: 53 cm
- Dalam: 19 cm
- Lebar: 51 cm
Bungkusan
STARKVIND
Nombor artikel305.019.63- Lebar: 56 cm
- Tinggi: 25 cm
- Panjang: 56 cm
- Berat: 7.66 kg
- Bungkusan: 1








