Pembersih udara dilengkapi dengan penapis zarah agar ia membersihkan udara daripada pelbagai zarah secekap mungkin. Anda juga boleh membeli penapis gas dan gunakan dua penapis ini bersama-sama.
Membersihkan udara dalam ruang sehingga 20 meter persegi, bergantung pada jenis kelajuan kipas yang ditetapkan pada pembersih udara.
Akan memerlukan masa lebih lama untuk membersihkan udara jika ruang lebih besar daripada 20 meter persegi, tetapi anda sentiasa boleh menggunakan beberapa alat pembersih udara untuk meliputi kawasan yang lebih besar.
Produk ini ebahagian daripada rangkaian rumah pintar kami. Sambungkannya, sekali dengan produk pintar lain ke hab DIRIGERA dan aplikasi IKEA Home smart untuk lebih banyak ciri dan fungsian, yang boleh dkawal dari mana-mana, bukan hanya semasa di rumah.
Penapis zarah dioptimumkan untuk menapis kira-kira 99.5 % daripada zarah bawaan udara yang lebih kecil seperti zarah PM2.5, habuk dan debunga.
PM2.5 ialah zarah kecil yang boleh disedut, yang berukuran 0.1-2.5 mikrometer.
Penapis gas (dijual berasingan) membersihkan udara daripada pelbagai bahan pencemar gas seperti formaldehid, yang terdapat dalam benda seperti produk pembersihan/isi rumah serta pelbagai jenis fabrik dan bahan.
Penapis gas membantu mengurangkan bau asap, bau masakan dan bau lain yang tidak menyenangkan yang mungkin ada di rumah.
Anda boleh menetapkan pembersih udara kepada 5 kelajuan kipas yang berbeza-beza dan dengan itu boleh menyesuaikannya mengikut keperluan rumah anda atau menggunakannya secara mod automatik.
Anda boleh menyembunyikan kabel di bahagian dalam alat pembersih udara untuk mengelakkan keselerakan kabel.
Dengan penapis zarah dipasang, keupayaan penulen udara untuk mengurangkan zarah bawaan udara halus disahkan mengikut GB/T 18801 dan Program Pensijilan AHAM.
Penapis gas pilihan ini direka bentuk untuk menyerap bahan pencemar berasaskan gas yang berpunca daripada material dan produk rumah yang biasa terdapat di dalam kediaman. Keupayaannya mengurangkan formaldehid telah disahkan mengikut piawaian GB/T 18801.