Freddy menunjukkan bagaimana rangka-rangka itu boleh disusun secara menegak, mendatar atau seperti anak tangga, kemudian dilengkapkan dengan para-para, bakul dawai, rel pakaian, laci dan pintu.para-para. "Malahan bahagian luar pun boleh digunakan. Anda boleh meletakkan cangkuk di sana atau rel pakaian yang dipasang di antara dua rangka."
PLATSA Almari 2 laci, putih/Fonnes putih, 60x57x53 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Menyemak ketersediaan...Bina storan PLATSA anda mengikut kehendak anda – tinggi atau rendah, di bawah siling condong atau di sepanjang dinding. Ia dipasang dalam beberapa minit dengan satu "klik" yang mudah. Perkemaskan dengan pintu dan penyusun dalaman jika perlu.
Jenis bahan
RangkaBod gentian, Kerajang kertas, Papan partikel, Isi kertas struktur indung madu (kitar semula 100%)
Depan laci/ permukaan atas modul storanPapan partikel, Kerajang kertas
Laci tanpa bahagian depan- Bahan asas:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Roda:
- Plastik asetal
- Bahagian bawah laci:
- Bod gentian, Kerajang plastik
KakiKayu padu, Cat akrilik
Penjagaan
Rangka/depan laci/laci tanpa bahagian depan/permukaan atas modul storan/kakiLap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Kaki LÄTTHET meninggikan kombinasi PLATSA anda dari lantai, menghasilkan rupa yang terang dan lapang serta memudahkan lantai di bawahnya dibersihkan.
Kaki boleh laras memungkinkan pembetulan sebarang ketidakseragaman pada lantai.
Dengan perancang rumah PLATSA, anda boleh menghasilkan penyelesaian dengan mudah yang disesuaikan mengikut keperluan, rumah dan storan anda.
IKEA of Sweden/Ola Wihlborg
Tombol dan pemegang dijual secara berasingan.
Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.
Laci boleh menampung lebih kurang 8 pasang seluar berlipat atau 16 helai kemeja T.
Jenis bahan
RangkaBod gentian, Kerajang kertas, Papan partikel, Isi kertas struktur indung madu (kitar semula 100%)
Depan laci/ permukaan atas modul storanPapan partikel, Kerajang kertas
Laci tanpa bahagian depan- Bahan asas:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Roda:
- Plastik asetal
- Bahagian bawah laci:
- Bod gentian, Kerajang plastik
KakiKayu padu, Cat akrilik
Penjagaan
Rangka/depan laci/laci tanpa bahagian depan/permukaan atas modul storan/kakiLap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
- Perabot ini mesti dipasang pada dinding dengan pelekap dinding yang disertakan.AMARAN: Risiko terbalik – produk ini mesti dipasang dengan kukuh. Gunakan skru dan palam yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda kurang pasti, dapatkan nasihat profesional.

Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk PLATSA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Storan yang berubah mengikut anda
Ruang kediaman kita ada kalanya terhad, dan menempatkan segala-galanya boleh menjadi satu cabaran. Dengan sistem storan PLATSA, kami ingin menghasilkan penyelesaian storan yang mudah dan boleh diubah suai yang boleh anda bina semula dan tambah, secara menegak atau mendatar, pada sisi atau di antaranya. Namun begitu, harga sepatutnya rendah namun kualitinya sepatutnya tinggi. Penyelesaiannya: kualiti yang betul di tempat yang betul.
"Anda hanya memerlukan tangan," kata pembangun produk Freddy Kramer sambil mengklik bersama-sama satu demi satu rangka PLATSA. Ya, mengklik. Rahsianya ialah sejenis palam yang dipanggil cemat baji. Freddy seterusnya menjelaskan mengapa memasang atau membuka rangka dengan mudah merupakan rincian penting. "Kehidupan manusia semakin berubah hari ini ─ kita lebih kerap berpindah, tinggal di ruang yang lebih kecil dan mungkin berkongsi rumah dengan orang lain pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya keperluan kita tidak kelihatan sama sepanjang hidup."
Rungkas dan bina semula
Cinta dalam kotak putih
Kualiti adalah sama pentingnya dengan fleksibiliti dan kemudahan pemasangan agar PLATSA benar-benar tahan lama . Tetapi meningkatkan kualiti tanpa menambah harga bukanlah mudah. "Kualiti yang betul di tempat yang betul," kata Freddy lalu membuka pintu kabinet. "Di bahagian luar pintu ini, yang anda lihat dan sentuh setiap hari, kami telah menggunakan kerajang kusam dengan tekstur halus, manakala bahagian dalamnya, yang tidak begitu terdedah, disalut dengan kerajang asas yang lebih ringkas." Projek PLATSA mengambil banyak masa dan komitmen. Tetapi ia juga menyumbangkan hasil. "Kotak putih kosong untuk rangkai itu mungkin kelihatan tidak menarik pada pandangan pertama, tetapi sebenarnya ia adalah kotak putih yang diisi penuh dengan cinta," kata Freddy sambil tersenyum.















