Freddy menunjukkan bagaimana rangka-rangka itu boleh disusun secara menegak, mendatar atau seperti anak tangga, kemudian dilengkapkan dengan para-para, bakul dawai, rel pakaian, laci dan pintu.para-para. "Malahan bahagian luar pun boleh digunakan. Anda boleh meletakkan cangkuk di sana atau rel pakaian yang dipasang di antara dua rangka."
PLATSA Rangka, putih, 60x55x40 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Menyemak ketersediaan...Bina storan PLATSA anda mengikut kehendak anda – tinggi atau rendah, di bawah siling condong atau di sepanjang dinding. Ia dipasang dalam beberapa minit dengan satu "klik" yang mudah. Perkemaskan dengan pintu dan penyusun dalaman jika perlu.
Jenis bahan
Bod gentian, Kerajang kertas, Papan partikel, Isi kertas struktur indung madu (kitar semula 100%)
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Arahan pemasangan
PLATSA Rangka803.874.89Arahan pemasangan
PLATSA Rangka803.874.89
Anda boleh menghasilkan penyelesaian storan dengan mudah yang sesuai mengikut keperluan dan ruang anda dengan menggabungkan rangka daripada ketinggian dan kedalaman yang berbeza-beza.
Beberapa rangka PLATSA boleh dipasangkan antara satu lain dengan mudah menggunakan klip yang disertakan. Ia mudah dilekapkan dan ditanggalkan tanpa menggunakan cangkuk dan anda boleh mengelakkan lubang skru daripada kelihatan pada bahagian luar.
Rangka yang sempit sangat sesuai di tempat yang ruangnya terhad.
IKEA of Sweden
Pintu dan bahagian dalamnya dijual secara berasingan.
Dua orang diperlukan untuk memasang perabot ini.
Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.
Jika meletakkan rangka PLATSA di atas lantai, ia mesti dilengkapkan dengan kaki LÄTTHET yang dijual berasingan.
Jenis bahan
Bod gentian, Kerajang kertas, Papan partikel, Isi kertas struktur indung madu (kitar semula 100%)
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
- AMARAN: Risiko terbalik – produk ini mesti dipasang dengan kukuh. Gunakan skru dan palam yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda kurang pasti, dapatkan nasihat profesional.Perabot ini hendaklah dipasang pada dinding.
Arahan pemasangan
PLATSA Rangka803.874.89Arahan pemasangan
PLATSA Rangka803.874.89

- 803.874.89
1 × PLATSA
Rangka- Lebar: 56 cm
- Tinggi: 9 cm
- Panjang: 62 cm
- Berat: 9.57 kg
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk PLATSA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Storan yang berubah mengikut anda
Ruang kediaman kita ada kalanya terhad, dan menempatkan segala-galanya boleh menjadi satu cabaran. Dengan sistem storan PLATSA, kami ingin menghasilkan penyelesaian storan yang mudah dan boleh diubah suai yang boleh anda bina semula dan tambah, secara menegak atau mendatar, pada sisi atau di antaranya. Namun begitu, harga sepatutnya rendah namun kualitinya sepatutnya tinggi. Penyelesaiannya: kualiti yang betul di tempat yang betul.
"Anda hanya memerlukan tangan," kata pembangun produk Freddy Kramer sambil mengklik bersama-sama satu demi satu rangka PLATSA. Ya, mengklik. Rahsianya ialah sejenis palam yang dipanggil cemat baji. Freddy seterusnya menjelaskan mengapa memasang atau membuka rangka dengan mudah merupakan rincian penting. "Kehidupan manusia semakin berubah hari ini ─ kita lebih kerap berpindah, tinggal di ruang yang lebih kecil dan mungkin berkongsi rumah dengan orang lain pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya keperluan kita tidak kelihatan sama sepanjang hidup."
Rungkas dan bina semula
Cinta dalam kotak putih
Kualiti adalah sama pentingnya dengan fleksibiliti dan kemudahan pemasangan agar PLATSA benar-benar tahan lama . Tetapi meningkatkan kualiti tanpa menambah harga bukanlah mudah. "Kualiti yang betul di tempat yang betul," kata Freddy lalu membuka pintu kabinet. "Di bahagian luar pintu ini, yang anda lihat dan sentuh setiap hari, kami telah menggunakan kerajang kusam dengan tekstur halus, manakala bahagian dalamnya, yang tidak begitu terdedah, disalut dengan kerajang asas yang lebih ringkas." Projek PLATSA mengambil banyak masa dan komitmen. Tetapi ia juga menyumbangkan hasil. "Kotak putih kosong untuk rangkai itu mungkin kelihatan tidak menarik pada pandangan pertama, tetapi sebenarnya ia adalah kotak putih yang diisi penuh dengan cinta," kata Freddy sambil tersenyum.






