Pasukan ini menemu bual beberapa kumpulan kanak-kanak yang berpeluang mencuba prototaip dan memberi pandangan mereka. Apakah warna kegemaran mereka? Bagaimana pula pendapat mereka tentang kertas itu? “Kanak-kanak mempunyai pendapat yang sangat kuat dan bijak. Kami juga menyedari bagaimana mereka menggunakan peralatan melukis dan mewarna. Contohnya, jika anda berusia empat tahun dan sedang melukis, anda tidak selalu terfikir untuk menutup pen warna kembali dengan penutup.” Jadi, pen-pen ini boleh bertahan sehingga tiga hari tanpa penutup.” Untuk memastikan kualiti tinggi pada harga yang sesuai, kerja pembangunan diberi masa tambahan. “Apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana mereka melakukannya sangat penting. Itulah sebabnya kami mengambil kira semua maklum balas mereka dan memastikan produk memenuhi keperluan mereka.”
MÅLA Pen bermata felt, warna bercampur
Bagaimana untuk mendapatkannya
Siri MÅLA ada semua yang anak anda perlukan apabila kreativiti mula tercetus. Cat! Potong! Lukis! Semuanya tentang berseronok dan membolehkan anak anda meneroka dunia menerusi imiginasi mereka sendiri - tiada batasan!
Butiran produk
Mudah untuk mengenggam pen bermata-felt dengan liputan yang menyeluruh dan warna-warna terang.
Sudah tentu segala-galanya dalam siri MÅLA tanpa toksin - seperti juga anda, kami turut prihatin terhadap minda yang kreatif bagi generasi akan datang.
Mencipta dan berkreatif menjadikan anda tenang dan fokus, dan lebih baik selepas seharian bersekolah dan melakukan aktiviti.
Kesan pen mata-felt boleh dibasuh pada kebanyakan permukaan dan dengan menggunakan bahan-bahan seperti sabun dan air suam. Walaubagaimanapun, penting untuk menanggalkan apa-apa kesan sejurus selepas ia terjadi.
S Fager/C Tubertini
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahagian plastik/ Penutup/ Palam hujung:
- Plastik polipropilena, Plastik polipropilena
- Hujung pen:
- 100% polietilena
- Bekas dakwat:
- 100% poliester
Penjagaan
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Nasihat dan arahan penjagaan
MÅLA Pen bermata felt204.776.09Pengukuran
- Kuantiti pakej: 24 unit
Bungkusan
MÅLA
Nombor artikel204.776.09- Lebar: 14 cm
- Tinggi: 3 cm
- Panjang: 15 cm
- Berat: 0.25 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda

Untuk semua penjelajah kecil yang kreatif
Lukisan di atas meja dapur dan pen warna tanpa penutup. Kedengaran biasa, bukan? Ini memang sebahagian daripada kehidupan bersama anak-anak, dan sebenarnya sesuatu yang patut menggembirakan. Melukis, mencorak, dan berkraf bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penting untuk perkembangan anak anda. Apabila kami mencipta siri MÅLA, kami ingin menghargai kreativiti kanak-kanak dengan serius dan mendengar pakar sebenar: kanak-kanak itu sendiri.
Kami sentiasa bermula dari perspektif mereka untuk memahami apa yang mereka benar-benar perlukan. Dalam projek ini, kami menemui fakta dan inspirasi daripada pedagogi yang menumpukan pada kreativiti. “Kami sedar bahawa kreativiti bukan sekadar bermain untuk kanak-kanak; mereka adalah penyelidik kecil yang menggunakan kreativiti untuk memahami dunia di sekeliling mereka,” kata Ina Tidbeck Sjöblom, yang terlibat dalam penciptaan siri MÅLA.
Dicipta untuk para artis kecil yang sibuk.
Mudah untuk bermula
Siri MÅLA telah wujud sejak lama, tetapi ia terus berkembang dan berubah mengikut keperluan baru serta idea-idea baru. Semua bahagian direka supaya mudah diambil dan digunakan bila-bila masa inspirasi muncul. “Kanak-kanak tidak perlu ibu bapa di sebelah untuk mula melukis atau mewarna. Mampu melakukan sesuatu sendiri adalah sebahagian penting dalam perkembangan. Anda berkembang seiring dengan tugasan itu.”




