Langkau ke kandungan utama

HAUGA Almari pakaian berpintu gelangsar, putih, 118x55x199 cm

Harga RM 999

Bagaimana untuk mendapatkannya

Rak HAUGA tambahan tidak tersedia untuk dibeli di Malaysia.

Sudah tentu kediaman anda seharusnya dianggap sebagai tempat yang selamat untuk seluruh keluarga. Sebab itu mengapa kelengkapan disertakan agar anda boleh memasang unit storan pada dinding.

Nombor artikel404.569.17

Butiran produk

Direka bentuk untuk digunakan sendiri di seluruh kediaman dan juga sangat sesuai dengan perabot lain di dalam siri HAUGA, sama ada untuk menyelaraskan gaya ataupun menghasilkan penyelesaian storan yang lebih besar.

Maksimumkan storan anda dan hasilkan rupa yang terselaras dengan membina kombinasi storan HAUGA anda sendiri.

Sebuah perabot serbaguna yang boleh anda gunakan di pelbagai bilik dalam rumah.

Kerana adanya rupa yang tersendiri dan reka bentuk pintar, perabot dalam siri HAUGA nampak menarik sendirian dan malah lebih baik bersama-sama. Sisi yang leper dan licin menghasilkan unit yang sempurna apabila diletakkan bersebelahan satu sama lain.

Sesuai untuk pakaian yang berlipat dan juga labuh dan pendek bergantung.

Pintu gelangsar memberi ruang yang lebih luas untuk perabot kerana tidak mengambil banyak ruang apabila dibuka.

Rak atas yang menjadi ciri khas ini adalah fitur umum dalam seluruh siri HAUGA dan menambah gaya tradisional. Sama ada anda menggunakannya untuk topi, kotak atau hiasan, tepi rak memastikan barangan anda tetap tersusun di tempatnya.

Rangka mudah dipasang kerana adanya binaan bijak dengan cemat baji yang mudah ditekan ke dalam lubang pragerudi.

Pereka

Ola Wihlborg

Nombor artikel404.569.17

Maklumat berguna

Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Rel pakaian boleh menampung lebih kurang 30 kemeja yang digantung.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Panel tepi:
Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik
Panel atas/ Selusur belakang/ Sekatan/ Panel bahagian bawah/ Para-para:
Papan partikel, Kerajang kertas
Panel belakang:
Bod gentian, Cat akrilik
Rangka pintu:
Bod gentian, Kerajang kertas, Tepi plastik
Panel pintu:
Bod gentian, Kerajang kertas

Penjagaan

Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN! BAHAYA TERBALIK - Perabot yang tidak terpasang dengan kukuh boleh terbalik. Perabot ini hendaklah dipasangkan dengan kukuh pada dinding dengan kelengkapan keselamatan yang disertakan bagi mengelakkannya daripada terbalik.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Lebar: 118.0 cm
  • Dalam: 55.0 cm
  • Tinggi: 199.0 cm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 3

HAUGA

Nombor artikel404.569.17
Produk ini mempunyai beberapa bungkusan.
  • Lebar: 59 cm
  • Tinggi: 5 cm
  • Panjang: 203 cm
  • Berat: 21.15 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 62 cm
  • Tinggi: 6 cm
  • Panjang: 204 cm
  • Berat: 32.90 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 62 cm
  • Tinggi: 6 cm
  • Panjang: 204 cm
  • Berat: 32.90 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.5Purata pengadaran
23Ulasan

Aksesori untuk HAUGA

Bahan

Apakah papan partikel?

Papan partikel diperbuat daripada kayu kitar semula dan sisa kilang papan – jadi kepingan kayu dengan warna yang salah, serpihan kayu dan habuk papan dijadikan sumber dan bukannya dibuang. Kami menggunakan papan untuk barang-barang seperti rak buku, rangka katil, sofa dan rangka dapur. Bagi melindungi daripada haus dan kelembapan, kami menggunakan varnis, venir atau kerajang yang menambah baik penampilan perabot.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini