Langkau ke kandungan utama

Koleksi OSYNLIG – 13 haruman oleh IKEA dan Ben Gorham

    Haruman boleh memotivasikan anda. Bebuli olfaktori – bahagian otak yang menderia bau – berjalin rapat dengan sistem emosi kita, jadi ia dapat mengingatkan anda tentang tempat yang telah anda lawati dan orang yang telah anda temui dalam sekelip mata. Idea ini menginspirasikan kerjasama kami dengan Ben Gorham, pengasas gedung fesyen mewah Byredo. OSYNLIG bermakna ‘tidak dapat dilihat’ dalam bahasa Sweden. 13 lilin wangi dalam koleksi ini dibuat untuk menimbulkan emosi yang sukar hendak dijelaskan – seperti nostalgia dan mimpi – dan terutamanya untuk menambahkan pengalaman berasa selesa di rumah.

    Macam mana bau di rumah?

    “Cara rumah anda berbau sangat berkait dengan emosi dan memainkan peranan yang besar terhadap perasaan anda berada di sana. Ia bukan sahaja tentang sesuatu yang berfungsi dan praktikal, ia merupakan tempat anda mengadakan perjumpaan dengan keluarga dan rakan-rakan dan mewujudkan kenangan.” – Ben Gorham, pengasas Byredo

    Kuasa reka bentuk yang tidak dapat dilihat

    Sementara membangunkan haruman dalam koleksi OSYNLIG, kami menjemput pelajar daripada Royal College of Art untuk menerokai ‘reka bentuk yang tidak dapat dilihat’ – idea bahawa perasaan anda di rumah anda adalah tentang lebih daripada hanya penampilannya. Bersama-sama kami memprototaip produk yang menggunakan cahaya, bunyi dan bau untuk mengubah ruang, dan ini membantu kami menghasilkan rangkaian akhir bersama-sama.

    Gabungkan lilin untuk mendapat haruman sempurna anda

    Bahan mentah berkualiti yang dipilih dengan teliti digunakan untuk menghasilkan haruman yang tidak dapat dilupakan ini. Ia dibahagikan kepada tiga kategori – segar, berbunga-bunga dan kayu – untuk membantu membimbing anda mendapat haruman yang anda sukai. Malah anda boleh memilih untuk menyalakan lilin yang berbeza serentak untuk mendapat haruman yang unik.

    13 haruman (dan juga nyawa kedua)

    “Sesuatu yang bukan fizikal seperti haruman memerlukan konteks sentuhan”, kata Lina Vuorivirta, Pereka bentuk di IKEA. Setiap lilin OSYNLIG ditempatkan di dalam pasu seramik tahan lasak, dilicau dengan dua warna yang mewakili bahan – daripada sipres dan ara kepada tembakau dan madu – yang digunakan untuk membuatnya. Apabila anda sudah selesai menikmati harumannya, bekas tersebut direka bentuk supaya dapat digunakan semula untuk menyimpan benda-benda kecil atau untuk menghias rumah anda.

    Haruman dan nyawa kedua

    Apabila anda sudah selesai menikmati harumannya, bekas tersebut boleh digunakan untuk menyimpan benda-benda kecil atau semata-mata sebagai objek hiasan yang menarik dengan kisahnya yang tersendiri.

    Boleh dibeli di gedung dan secara dalam talian

    Koleksi boleh dibeli di gedung bermula 25 Februari 2021 dan secara dalam talian bermula 1 Mac 2021. Terhad kepada 2 unit setiap artikel untuk setiap pelanggan di gedung.