Langkau ke kandungan utama

Impikan: cara tidur lebih lena

Di sini ada sesuatu. Jika anda hidup sehingga umur 90 tahun, itu bermakna 32 tahun tidur. Jika anda terjaga dengan rasa lemah atau sengal, apa kata buat perubahan? Kami cari dalam perpustakan kami dan tanya pereka hias dalaman kami Emma Parkinson untuk tip bagi membantu anda tidur lebih lena - malam ini.

Perempuan letakkan bantal di atas timbunan tilam lembut, kulit dan tekstil katil.
Perempuan letakkan bantal di atas timbunan tilam lembut, kulit dan tekstil katil.

Apa tabiat waktu malam anda?

"Kita semua berbeza, maka rutin dan keperluan setiap orang adalah peribadi," kata Emma. "Tapi tabiat baik dan sedikit persediaan adalah bahagian terpenting untuk tidur yang berkualiti." Sesetengah pemikiran adalah sejagat - seperti jika anda membaca, melayari Internet atau menonton TV di katil, pastikan ada bantal sesuai untuk menyokong.

Kerap terjaga? Jika anda terjaga dalam dahaga, sediakan segelas air di katil. Jika anda pergi ke tandas, pastikan ada lampu boleh malap di bilik tidur dan bilik mandi yang tidak terlalu terang.

Anda betul-betul dapat rehat? Rutin waktu tidur sediakan anda untuk tidur. Tetapkan jam loceng untuk mula berehat. Luangkan masa selepas bersenam untuk suhu badan anda menurun dahulu.

Apa gaya tidur anda?

"Tilam dan bantal yang betul bekerjasama untuk menyokong tulang belakang dan elakkan tekanan," jelas Emma. " Tilam anda patutnya cukup besar untuk anda regangkan otot dan berpusing juga."

Tidur mengiring bermakna anda perlukan tilam yang menyokong tulang belakang dalam kedudukan semulajadi. Bantal lebih keras dan tinggi selaraskan kepala dan leher anda dengan tulang belakang.

Tidur terlentang bermakna anda perlukan tilam yang menyokong leher dan tulang pinggang. Bantal sederhana tinggi sesuai tanpa menolak kepala anda ke depan.

Tidur meniarap bermakna anda perlukan tilam yang berikan sokongan rata. Bantal rendah menyokong kepala anda pada ketinggian yang sesuai dan tidak menyakitkan leher anda.

Apa rutin mengemas anda?

"Hama debu, sisanya boleh sebabkan tindak balas alergi, memang gemarkan persekitaran lembap, hangat dan gelap," kata Emma. "Semakin kering dan bersih tilam dan linen katil anda semakin bagus, kerana susah untuk hama hidup." Tunggu satu atau dua jam sebelum menutup bantal anda dengan alas katil atau mungkin tak perlu kemas katil anda langsung, supaya kelembapan sempat kering.

Letak tumbuhan hijau. Sesetengah tumbuhan seperti lidah buaya dan peace lily, merupakan pembersih udara yang bagus dan boleh tingkatkan kualiti udara untuk tidur lebih lena. Peningkatan oksigen boleh membantu sementara tidur.

Manjakan tapak kaki anda. Ambal di katil lembut dan bolehkan anda gosok kaki sebelum masuk tidur, supaya katil anda lebih bersih dan segar.

Apa yang nyaman untuk anda?

"Keselesaan tidur sememangnya peribadi," jelas Emma. "Bahan digunakan di dalam bantal, kuilt dan tilam boleh jejaskan tidur anda, terutamanya tentang betapa anda hangat atau sejuk."

Sejuk pada waktu malam? Ingatlah bahawa 80% daripada haba badan dilepaskan menerusi kuilt. Pastikan anda memiliki duvet yang tebal dan hangat dengan banyak isi dan selimut yang selesa. Kuilt biasanya ada tanda penarafan kehangatan.

Terjaga dalam kehangatan? Timbangkan bahan seperti lyocell. Selalu digunakan dalam linen katil dan sesekali dalam isi kuilt, ia bernafas dengan baik dan singkirkan kelembapan. Linen juga menyerap kelembapan. Tilam spring kitarkan udara juga.

Jika anda ada alergi, pilih bahan sintetik atau buatan yang boleh selalu dibasuh.

Apakah jadual penalaan anda?

"Tilam dan linen katil perlukan penjagaan dan senggaraan berkala, seperti kereta," kata Emma. Ini bermakna anda perlukan basuhan dan pembersihan yang betul.

Jaga tilam anda. Tepuk dan vakum selalu tilam anda, tapi ingat haba dan hama akan berkumpul mengikut umur (sebab itu kami sarankan tukar tilam setiap 8-10 tahun). Sesetengah tilam boleh diterbalikkan, supaya ia diguna sama rata.

Manjakan bantal dan linen katil anda. Basuh kuilt, bantal, linen katil dan sarung dan pelindung di dalam air 60 darjah untuk bunuh hama. Kemudian keringkan pada haba normal. Busa memori boleh dilap kering dengan kain lembap. Bulu atau bulu bebiri hanya perlukan satu pertiga detergen.

Akhir sekali, cuba tip ini. Masukkan beberapa bola tenis (bersih) ke dalam pengering untuk bantu kekalkan isi bergerak untuk pengeringan lebih berkesan. Atau masukkan sebentar bantal anda ke dalam peti sejuk beku untuk membunuh hama debu.

Pelajari lebih lagi tentang Tidur Malam Yang Sempurna

Anda mungkin juga berminat