Studio yang berjiwa: pangsapuri kecil yang mempunyai ruang untuk segala-galanya
“Apabila saya berpindah ke pangsapuri kecil saya dengan piano dan koleksi rekod yang besar, saya tertanya-tanya bagaimana saya akan memuatkan semuanya. Mujurlah, ia hanya memerlukan sedikit masa dan imaginasi. Fikiran yang sibuk tidak semestinya bermakna rumah yang berselerak, dan ruang kecil ini yang mengurus hidup dan kerja saya ialah buktinya!”



Lihat cara penggubah muzik ini menyesuaikan kehidupannya yang cergas dan bersemangat di dalam pangsapuri kecil, tanpa perlu mengurangkan benda-benda yang menggembirakannya.

Muzik adalah paling penting di rumah saya – sama ada saya menggubahnya, memilih rekod atau memainkan lagu kegemaran saya dengan hanya menekan butang.”

- Halaman maklumat produk
Suka barang-barang anda tetapi tidak ada ruang yang cukup?
Pereka hiasan dalaman IKEA Joseph Abbott ada beberapa petua hebat tentang cara anda dapat menyimpan semua barang yang menggembirakan anda dengan mempergunakan storan terbuka, tertutup dan tersembunyi sepenuhnya – walaupun di ruang kecil.