Langkau ke kandungan utama

Mewujudkan ketenangan dan keteraturan di rumah keluarga

Kebanyakan rumah mempunyai kawasan lalu-lalang yang sibuk, begitu juga di rumah keluarga yang terdiri daripada enam orang ini. Daripada memastikan semua orang dapat meninggalkan rumah pada waktu pagi, kepada mandi dan bersedia untuk tidur, mereka telah menghapuskan keadaan berselerak dan mengatur bahagian yang paling sibuk di rumah mereka untuk memudahkan lagi kehidupan semua orang.

Ruang depan yang tidak berselerak untuk keluar dengan mudah

Mereka mungkin pulang pada masa yang berbeza, tetapi tiap-tiap hari keadaan tergesa-gesa untuk ke sekolah dan tempat kerja berlaku serentak. Mereka mengelakkan keadaan itu dengan membahagikan storan di ruang depan. Setiap orang mempunyai tempat khas masing-masing untuk meletakkan kasut dan menggantungkan kot, bermakna apabila tiba masanya untuk keluar, mudah sahaja untuk mengambilnya dan berjalan keluar.

Lihat semua kabinet kasut
Ruang depan yang mempunyai dua kabinet kasut HEMNES berwarna putih, gambar di dalam bingkai RIBBA yang tergantung pada dinding dan ambal tenunan rata VAMDRUP.
Lihat semua kabinet kasut

Ruang masuk untuk memudahkan lagi kehidupan

Ruang masuk mereka merupakan ruang yang amat praktikal, direka bentuk untuk menguruskan semua baju hujan yang basah kuyup dan but wellington berlumpur sesebuah keluarga. Di bawah rak kasut, dulang melindungi lantai daripada basah dan dengan menempatkan cangkuk pada ketinggian yang berbeza-beza, mereka memudahkannya untuk semua orang menggantungkan kot masing-masing, besar atau kecil.

Lihat semua rak kasut & penyangkut
Beberapa pasang but terletak di atas rak kasut GREJIG yang diletakkan di atas dulang kasut di bawah dua rak cangkuk KARTOTEK lekap dinding.
Palang penyidai pakaian MULIG lekap dinding dengan pakaian pada penyangkut, dan cangkuk KÄMPIG berwarna loyang dan rak cangkuk KARTOTEK di bawahnya.
Lihat semua rak kasut & penyangkut

Walau apa pun keadaan cuaca

Cuaca yang panas terik atau sejuk, ada ruang untuk semuanya di sini. Satu penjuru dikhaskan untuk kelengkapan sukan dengan raket tergantung pada rel dan tong yang menyimpan semua bola di satu tempat. Pakaian luar yang lebih besar disimpan di dalam almari yang agak besar, sedia dipakai pada musim sejuk tanpa mengambil ruang dalam storan peribadi mereka.

Lihat semua almari pakaian
Ruang masuk yang mempunyai tong berpenutup KNODD berwarna kelabu dan dulang kasut BAGGMUCK berwarna kelabu di bawah rel HULTARP lekap dinding yang menyimpan raket.
Ruang yang mempunyai almari pakaian RAKKESTAD berwarna hitam-coklat dengan salah satu pintunya terbuka, di sebelah beg galas STARTTID berwarna kelabu dan payung KNALLA berwarna hitam.
Lihat semua almari pakaian

Bilik mandi dalam keadaan teratur untuk dikongsi

Dengan semua empat orang anak berkongsi bilik mandi ini, keadaannya perlulah teratur. Anak-anak remaja mereka mengambil kebanyakan masa dan ruang, dengan para yang dikhaskan untuk koleksi produk masing-masing yang semakin bertambah. Untuk anak-anak bertatih mereka, keadaannya lebih mudah, dengan waktu mandi bersama dijadikan lebih seronok dengan mainan waktu mandi.

Bilik mandi yang mempunyai kabinet bercermin ENHET, rangka dinding berpara ENHET dan kabinet bawah sink dengan bekas berus gigi EKOLN.
Bilik mandi yang mempunyai dua kabinet dinding dengan dua para dan pintu ENHET berwarna putih dan tirai mandi LYKTFIBBLA berwarna putih/kelabu.