Bermain di rumah
Kanak-kanak memerlukan tempat yang selamat dan menyeronokkan yang memudahkan pembelajaran aktif dan keterlibatan. Di sini di IKEA, kami menyediakan semua yang anda perlukan untuk mengubah rumah anda menjadi pusat hiburan untuk anak-anak anda belajar dan bermain di samping tetap selamat dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Lihat pelbagai barangan yang menarik dan menyeronokkan untuk membantu kanak-kanak belajar; daripada mainan berbentuk pendidikan kepada hanya untuk keseronokan semata-mata!
Harmonikan Rumah Anda.

Bermain demi masa depan
Ia hak setiap kanak-kanak untuk bermain, membangunkan diri dan berseronok. Ingin kami menghadiahkan peluang ini kepada lebih ramai kanak-kanak bersempena musim perayaan ini.
RM1 daripada setiap mainan terpilih IKEA yang terjual antara 27 Okt. hingga 27 Dis. akan disumbangkan kepada rakan kongsi badan amal setempat kami.
- IKEA Damansara & IKEA Cheras: Dignity for Children Foundation
- IKEA Batu Kawan: Children's Protection Society
- IKEA Tebrau: Akan disahkan
Main bersama-sama | Pupuk kreativiti | Masa untuk bermain, masa untuk belajar | Storan & penyusunan cekap
Main bersama-sama

- Halaman maklumat produk

- Halaman maklumat produk

- Halaman maklumat produk
Bermain bersama-sama tidak hanya membantu mengukuhkan ikatan antara anda dan anak-anak anda, tetapi juga merupakan cara untuk menggalakkan perkembangan sihat untuk kanak-kanak yang akan memanfaatkan mereka pada masa akan datang. Biarkan anak-anak anda mengambil tanggungjawab dan memutuskan permainan yang mereka mahu mainkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah menikmati masa yang berkualiti (selagi anda masih boleh)!
Main bersama-sama | Pupuk kreativiti | Masa untuk bermain, masa untuk belajar | Storan & penyusunan cekap
Pupuk kreativiti

- Halaman maklumat produk

- Halaman maklumat produk
Kreativiti ialah salah satu ciri yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang. Wujudkan persekitaran di rumah yang boleh mencetuskan pemikiran kreatif. Dengan siri MÅLA kami, anak-anak anda boleh melukis, menulis, mewarna malah mengecat. Semua bahan telah diuji untuk keselamatan demi ketenangan fikiran ibu bapa.
Pupuk kreativiti | Main bersama-sama | Masa untuk bermain, masa untuk belajar | Storan & penyusunan cekap
Masa untuk bermain, masa untuk belajar

- Halaman maklumat produk

- Halaman maklumat produk

- Halaman maklumat produk
Khususkan meja khas untuk anak-anak anda untuk mereka belajar dan bermain. Anda mungkin terkejut melihat betapa tertumpunya perhatian mereka apabila mereka mempunyai ruang mereka sendiri untuk aktiviti mereka sendiri. Dapatkan satu dengan storan, membersih dan mengemas akan jadi begitu mudah sehingga mereka ingin melakukannya sendiri.
Pupuk kreativiti | Main bersama-sama | Masa untuk bermain, masa untuk belajar | Storan & penyusunan cekap
Storan & penyusunan cekap
Untuk memaksimumkan ruang yang anda miliki, anda memerlukan sistem penstoran yang cekap untuk mengelakkan keselerakan di tempat belajar dan main anak-anak anda supaya mereka dapat menfokus pada tugas yang ada. Mengkategorikan barangan mainan, seni lukis dan kraf mengikut seksyen mereka sendiri dan labelkannya supaya anak-anak dapat mencari apa sahaja yang mereka perlukan sendiri.
Lihat rangkaian kanak-kanak kami untuk lebih banyak inspirasi

- Halaman maklumat produk