Product Recycling Fund
The price of this item includes a contribution to a Product recycling fund to ensure that waste electrical and electronic equipment is collected and recycled in a responsible manner.
Soalan Lazim
1. Bolehkah sesiapa membantu merancang dan mereka bentuk bilik saya?
Pakar Kelengkapan Rumah IKEA sentiasa bersedia membantu anda dengan khidmat nasihat dan idea percuma buat rumah anda. Kunjungi gedung IKEA di Aras 1 untuk membuat temu janj dengan pakar kami. Anda juga diberi kebebasan untuk menggunakan ruang kerja yang terdapat di Dapur kami dan juga di bahagian Kerja IKEA atau Bilik Tidur di Aras 1. Pekerja kami sedia membantu memberi khidmat nasihat seiring dengan perancangan anda. Alternatif lain, anda juga boleh merancang secara dalam talian.
Klik
untuk mula merancang.
2. Bagaimanakah cara pembayaran yang saya boleh gunakan?
Juruwang kami menerima pembayaran secara tunai, kad kredit, kad debit dan juga melalui IKEA Gift Cards.
3. Bagaimanakah saya boleh membawa pulang barang yang besar ke rumah?
Kebanyakan produk kami di IKEA siap di bungkus dalam pek leper, dan mudah untuk di susun ke dalam kenderaan anda. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran jika anda mahu. Namun bayaran penghantaran tidak termasuk dalam harga produk anda.
Klik untuk caj penghantaran.
4. Bagaimana jika saya mahukan produk yang siap di pasang?
Produk IKEA di reka mudah untuk di pasang tanpa menggunakan sebarang alatan yang spesifik. Jika anda mahukan ia siap di pasang, kami akan menyarankan syarikat pemasangan dengan harga yang berpatutan untuk memasang produk anda.
Klik untuk caj pemasangan.
5. Kenapa kadang kala ada barangan yang tiada dalam stok?
Segala usaha telah dilakukan untuk mengekalkan produk yang terdapat di dalam katalog, namun atas permintaan ramai dan isu bekalan, ada ketikanya produk kehabisan dan tiada stok. Kebiasaannya, IKEA akan menganggarkan tempoh masa untuk mendapatkan semula stok produk tertentu. Ini kerana, produk IKEA dihasilkan di seluruh dunia, oleh kerana masalah tertentu kadangkala sistem penghantaran juga akan terganggu.
6. Saya kehilangan sebahagian perkakasan pada perabot, bagaimana saya boleh mendapatkannya?
Jika anda membeli barangan di gedung IKEA, bawa bersama resit pembayaran asal sebagai bukti pembelian ke kaunter Penukaran & Pemulangan dan terus bercakap dengan pekerja kami tentang apa yang anda perlukan. Kami akan berikan bahagian yang hilang itu.
7. Bolehkah saya membeli alat ganti atau perkakasan?
Jika sebahagian alat ganti tidak dijual berasingan dari produk, bahagian perkakasan itu tidak boleh dibeli secara berasingan di masa hadapan. Seluruh produk perlu dibeli semula.
8. Bolehkah saya memulangkan barang yang di beli?
IKEA dengan murah hati menawarkan polisi pemulangan selama 100-hari.
Klik di sini untuk paparan terperinci tentang polisi pemulangan kami.
9. Dimanakah produk IKEA dibeli?
Terdapat Lebih daripada 2,000 pembekal terdapat di 50 buah negara pengilang produk kami. Direka khas dengan kualiti yang bermutu tinggi dari Sweden/Skandinavian. Harga rendah dengan pengeluaran produk dalam kemudahan pek leper yang memudahkan proses pengedaran, dan juga mengamalkan sistem layan diri dan terus di bawa pulang. Pada semua produk kami tertera label "Design and Quality, IKEA of Sweden".
10. Bagaimanakah saya boleh membeli IKEA Gift Card?
Jika anda sukar membuat keputusan tentang apa yang perlu dibeli buat keluarga dan rakan-rakan, biarkan mereka membuat keputusan sendiri dengan IKEA Gift Cards. Sesuai dijadikan cenderahati buat hadiah di musim percutian, perkahwinan dan hadiah pindah ke rumah baru buat teman-teman dan keluarga anda.
Dapatkan keterangan lanjut tentang Gift Cards disini.
11. Adakah IKEA menyediakan kemudahan buat pengunjung kurang upaya?
Kami di IKEA menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan khas buat pengunjung kurang upaya disamping mempunyai pintu automatik di laluan masuk. Kami juga menyediakan kemudahan peminjaman kerusi roda, lif dan kemudahan tandas buat pengguna kerusi roda. Untuk menjadikan membeli-belah anda sempurna dan selesa unuk anda pengguna kurang upaya, kami juga:
Kemudahan tempat meletak kenderaan berdekatan dengan laluan pintu masuk
Tandas buat pengunjung kurang upaya
Laluan luas untuk memudahkan pengguna yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak
Meja di restoran yang sesuai dengan ketinggian pengguna kerusi roda.
12. Adakah IKEA mempunyai Surau?
Surau terletak berdekatan Restoran IKEA dan ia mempunyai bilik berasingan buat pengunjung lelaki dan wanita.
1. Apakah ia Katalog IKEA?
Katalog IKEA bukan hanya menawarkan produk yang hanya dilihat sekali pandang tetapi ia adalah solusi paling berbaloi dengan pendekatan yang kreatif untuk memberi inspirasi dan idea untuk tatarias dekorasi kediaman anda demi kehidupan yang lebih baik.
2. Bagaimanakah saya boleh mendapat Katalog IKEA?
Katalog IKEA diedarkan pada setiap tahun berdekatan dengan kawasan terdapatnya gedung IKEA. Jika anda tidak menerima Katalog kami pada tahun ini, singgahlah di gedung IKEA dan dapatkan katalog kami secara percuma.
3. Bilakah Katalog baru akan diedar?
Katalog tahunan kami diedarkan pada setiap bulan Ogos/April pada setiap tahun dan ia sah sepanjang tahun. Harga dijamin tidak akan meningkat selagi katalog ini sah digunakan. Di dalamnya, anda akan dapati segalanya tentang perabot, aksesori dan dekorasi bilik bersama dengan maklumat terperinci tentang bahan, warna, ukuran, penjagaan produk dan harga. Dengan cara ini, anda boleh merancang pembelian anda di IKEA untuk kepuasan dan keselesaan rumah anda!
4. Sejauh manakah mesra alamnya Katalog IKEA?
Katalog kami dicetak dengan kertas bebas klorin dan mengandungi sekurang-kurangnya 10-15% menggunakan bahan buang pengguna. Tiada hutan hujan atau serat lama di gunakan. Proses percetakan pula menggunakan 100% digital yang tidak menggunakan filem dan bahan kimia lain. Tidak menggunakan kilauan optikal di atas kertas.
1. Siapakah pemilik konsep IKEA?
Peruncitan IKEA berakar umbi dari Sweden yang mengamalkan konsep sistem franchise. Inter IKEA System B.V., terletak di Delft, Belanda merupakan pemilik dan franchaisor kepada konsep IKEA. Gedung IKEA beroperasi melalui pelbagai franchisee di 29 buah negara.
2. Bolehkah saya menjadi pengedar produk IKEA?
Pengalaman di IKEA adalah lebih daripada produk, ia adalah gedung yang berkonsepkan peruncitan. Daripada konsep tempat kerja, sehinggalah ke seluruh aspek yang terdapat di dalamnya. Dengan itu, produk IKEA dijual hanya di gedung IKEA yang di franchiaskan melalui Inter IKEA System B.V.
3. Bagaimanakah saya boleh menjadi franchisee?
Produk IKEA dijual di stor yang beroperasi melalui IKEA Retail System-- francais dengan Inter IKEA System B.V. of Netherlands.
Sebagai salah satu pelan pengembangan terperinci, pihak Inter IKEA Systems B.V memilih dalam memberi kebenaran/kelulusan untuk membuat francais. Pihak pemohon yang berminat akan dinilai dan dikaji dengan terperinci bagi membolehkan pihak syarikat memberi francais kepada pihak/syarikat/individu yang mempunyai rekod kewangan terbukti yang kukuh dalam peruncitan.
Pertanyaan lanjut (sertakan segala maklumat relavan) dengan menghantar atau melalui faks ke:
Inter IKEA Systems B.V. Olof Palmestraat 1 NL-2616 LN Delft The Netherlands
Attn: Franchising
Fax: +31 15 215 38 38
4. Apakah itu IKEA Group?
IKEA Group adalah kumpulan syarikat sendirian berhad yang di miliki oleh yayasan amal di Netherlands. IKEA Group aktif dalam pembangunan, pembelian, pengagihan dan penjualan produk IKEA. IKEA Group adalah kumpulan syarikat francais terbesar yang beroperasi lebih daripada 100 buah gedung IKEA. Perkhidmatan Pengurusan IKEA Group di sediakan oleh IKEA International A/S di Humlebaek, Denmark.
5. Apakah Idea Bisness IKEA?
Di IKEA, kami berpegang pada idea perniaagan: "Kami sentiasa bersedia untuk menawarkan kemudahan bagi kelengkapan fungsi rumah yang teratur dan berkesan pada harga yang sangat berpatutan dalam memenuhi tuntutan dan kemampuan orang ramai."
1. Apakah tetapan atau perisian yang di perlukan untuk melihat paparan laman IKEA?
Aplikasi laman sesawang IKEA dioptimumkan penggunaannya menggunakan versi Internet Explorer dan Firefox di Windows, Firefox dan Safari melalui Mac OS X. Laman ini direka untuk resolusi skrin 1024x768 atau lebih.
2. Apakah informasi peribadi yang di perlukan apabila saya melawat laman sesawang ini?
Kami tidak memerlukan sebarang informasi daripada anda untuk terus mengakses laman kami, kecuali dengan kenyataan tertentu. Kami mungkin memerlukan informasi tertentu bagi menyediakan perkhidmatan penghantaran katalog buat anda, sebagai contoh. Informasi yang diperlukan hanyalah nama, gelaran, syarikat, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon.
3. Bolehkah saya temui semua produk IKEA di laman ini?
Laman ini memaparkan lebih daripada seratus ciri-ciri produk IKEA dengan demonstrasi keluasan dan kedalaman rangkaian produk kami; walau bagaimana pun, ini hanyalah sedikit garapan daripada produk IKEA yang lengkap. Pastikan anda mengunjungi gedung IKEA untuk menikmati seluruh seleksi rangkaian produk kami.