Dapur
Dapur impian anda? Akan datang.
Sebuah dapur lebih daripada sekadar set kabinet dan pintu - ia merupakan nadi kediaman anda. Jadi kami merasakan bahawa mengimpikan dapur yang sempurna itu perkara biasa - sama ada ia kabinet lantai ke siling atau permukaan kerja yang tiada penghujungnya. Itulah sebabnya kami memastikan dapur kami mampu dimiliki dan menawarkan bantuan - daripada merancangnya hinggalah ke pembinaannya di kediaman anda. Kerana dengan dapur IKEA, semuanya mungkin - dan impian lebih menyeronokkan apabila ia menjadi suatu kenyataan.
Kehidupan harian di rumah meletakkan keperluan yang tinggi ke atas dapur, yang menyebabkan kami menguji dapur kami sepenuhnya bagi memastikan ia tahan dengan beban yang berat, suhu yang tinggi dan kegunaan harian. Dengan tempoh jaminan yang lama sehingga 25 tahun, anda boleh berasa yakin bahawa kami juga seperti anda, menghargai kualiti.

















.gif)



