Langkau ke kandungan utama

Budaya & Nilai

Pernah terfikir apakah yang membuatkan budaya IKEA sangat IKEA? Ia merupakan set nilai kami yang kukuh. Ia merupakan kompas yang membimbing kami dalam apa jua yang kami lakukan. Budaya kami terbentuk apabila kami menerapkan nilai-nilai ini. Pengasas kami, Ingvar, memahami bahawa budaya yang kuat dalam syarikat bukan sahaja akan memberikan inspirasi, malahan mencabar rakan sekerjanya. Budaya itu akan memberikan erti yang lebih besar kepada kerja, dan bukan sekadar mencari rezeki.

Budaya & nilai

Nilai-nilai IKEA

Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu dan menampilkan kehebatan kami dan orang lain. Kami percaya bahawa setiap individu ada sesuatu yang berharga untuk ditawarkan dan kami berusaha untuk memiliki nilai yang sama dalam cara kami bekerja.

Budaya suka bergurau dan penyayang kami, yang berakar umbi di kawasan desa Sweden yang berceranggah, mewujudkan persekitaran kerja yang membolehkan kami bekerja keras sambil berseronok sepanjang perjalanan. 

Bersatu hati

Bersatu hati merupakan teras budaya IKEA. Kami kuat apabila kami saling mempercayai, bergerak dalam arah yang sama dan berseronok bersama-sama.

Prihatin terhadap manusia dan planet

Kami mahu menjadi kuasa yang dapat membawa perubahan positif. Kami berpeluang untuk mewujudkan kesan yang signifikan dan berpanjangan - hari ini dan untuk generasi yang akan datang.

Kesedaran kos

Seramai mungkin orang harus mampu memiliki rumah yang indah dan berfungsi. Kami sentiasa mencabar diri kami dan orang lain menggunakan sesuatu untuk menghasilkan semaksimum yang mungkin tanpa mengkompromikan kualiti.

Kesederhanaan

Cara hidup yang ringkas, berterus-terang dan bersifat realistik merupakan sebahagian daripada warisan Småland kami. Ia adalah tentang berkelakuan seperti biasa dan kekal dekat dengan realiti. Kami bersikap tidak formal, pragmatik dan melihat birokrasi sebagai musuh terbesar kami.

Perbaharui dan perbaiki

Kami sentiasa mencari cara baharu dan lebih baik untuk maju. Apa saja yang kami buat hari ini, kami boleh buat dengan lebih baik esok. Mencari penyelesaian kepada cabaran yang hampir mustahil merupakan sebahagian daripada kejayaan kami dan sumber inspirasi untuk menangani cabaran seterusnya.

Perbezaan yang bermakna

IKEA tidak seperti syarikat lain, dan kami tidak mahu jadi begitu. Kami suka mempersoalkan penyelesaian yang ada, berfikir dengan cara yang tidak konvensional, mencuba dan berani melakukan kesilapan - selalunya untuk alasan yang baik.

Beri dan terima tanggungjawab

Kami percaya dalam memperkasakan orang. Memberi dan menerima tanggungjawab ialah cara untuk membangun dan berkembang sebagai individu. Saling mempercayai, bersikap positif dan memandang ke hadapan merangsang semua orang untuk menyumbang kepada pembangunan.

Kepimpinan melalui teladan

Kami melihat kepimpinan sebagai tindakan, bukan jawatan. Kami lebih mengutamakan nilai-nilai seseorang daripada kecekapan dan pengalaman. Seseorang yang ‘cakap serupa bikin’ dan memimpin melalui teladan. Ia adalah tentang menunjukkan kelakuan terbaik kami dan menampilkan kehebatan satu sama lain.

Baca Wasiat Peniaga Perabot

Wasiat Peniaga Perabot

Lama sebelum orang lain mula bercakap tentang "budaya korporat", Ingvar Kamprad telah menulis visi dan ideologinya untuk IKEA. Dia memanggilnya Wasiat Peniaga Perabot. Ia menerangkan cara IKEA perlu bertindak untuk kekal sebagai sebuah syarikat yang berjaya, bersemangat dan bertenaga.

Baca Wasiat Peniaga Perabot

Sedia untuk tempat kerja yang utamakan nilai, bukan sekadar CV?

Mohon pekerjaan yang mementingkan Bersatu hati dalam segala-gala yang kami lakukan.

Lihat semua peluang pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai