Kami inginkan semua wul kami disumberkan secara bertanggungjawab
Kami dalam perjalanan untuk hanya menggunakan wul disumberkan secara bertanggungjawab. Kami akan melakukan ini dengan menyumberkan wul yang mematuhi garis panduan Standard Wul yang Bertanggungjawab (RWS) atau skim yang setara, bermaksud wul berasal daripada kambing biri-biri yang diperlakukan secara baik, dan tanah yang diuruskan secara bertanggungjawab.

Bagaimanakah kami akan melakukan ini?
Untuk memastikan wul yang kami gunakan disumberkan melalui cara yang bertanggungjawab, kami perlu berusaha mendapatkan penjejakan penuh wul yang digunakan dalam rantaian bekalan kami. Itu bermaksud kami perlu tahu semua wul kami berasal dari mana, supaya kami boleh menyokong kebajikan haiwan yang positif di seluruh rantaian nilai wul.
Sebab memilih wul
- Wul boleh diperbaharui, terbiodegradasikan dan boleh dikitar semula
- Wul ialah bahan semula jadi, tahan lama dan kukuh
- Wul semakin lama semakin cantik dan lebih tahan kotoran
- Wul sangat tahan haba dan lut udara
- Wul sangat mudah diwarnakan, jadi kami boleh menghasilkan banyak gaya reka bentuk yang cantik dan pelbagai untuk anda pilih

Wul ialah produk yang menakjubkan kerana bebiri menghasilkannya secara semula jadi, dan ia kelestarian utama kerana ia terus dihasilkan.”
Paul SmithPengurus Ladang di New Zealand
Percaya kepada bahan semula jadi
Kami sukakan rangkaian bahan semula jadi kami, dan begitu juga pelanggan kami. Menjadi bahan yang tahan lama, semula jadi dan kuat, wul sesuai untuk pelbagai jenis produk seperti alas, kusyen dan ambal.
Ikuti perjalanannya
Lihat bagaimana wul daripada kambing biri-biri di New Zealand mengembara ke India untuk ditukarkan menjadi permaidani tenunan tangan yang cantik, sebelum akhirnya berada di gedung IKEA – dan mungkin di rumah anda..
